LAGU Bobo Di Mana nyanyian usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna meraih perhatian ramai sejak lirik videonya dilancarkan awal bulan ini.

Terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman turut mendapat perhatian apabila tampil menyanyikan lagu Bobo Di Mana dalam versi dan liriknya sendiri.

PU Azman menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik rakaman video menyanyikan lagu tersebut yang diberi nama ‘Bobo Di Mana Versi Muhasabah’ .

Menerusi lirik yang diubahnya ia mengingatkan umat Islam tentang ibadah solat.

Rata-rata pengikutnya suka dengan lagu tersebut kerana versi yang diubah seperti lagu nasyid itu memberi keinsafan.

Lagu "BOBO DI MANA" [Full Version] sudah ada di youtube. Saksikan di sana. Jangan lupa subscribe. Swipe di story. Maaf serba kekurangan. Takder studio. Kekurangan instrument dan suara tak sedap.


Aliff Syukri juga tampil memberi komen ke atas video nyanyian tersebut.

“Terbaik ustaz,” tulisnya.