HIBURAN
Brad Pitt saman Angelina Jolie AS$35 juta
Pitt (kanan) mendakwa, bekas isterinya, Jolie melanggar perjanjian bersama apabila menjual sahamnya kepada Tenute del Mondo, anak syarikat kumpulan wain Stoli, pada 2021 tanpa mendapatkan persetujuan beliau terlebih dahulu.- Gambar fail
LOS ANGELES: Aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt, telah memfailkan saman bernilai AS$35 juta (RM146 juta) terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, berhubung penjualan saham Jolie dalam ladang wain mewah mereka, Chateau Miraval di Perancis.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada 29 Oktober, Pitt mendakwa, Jolie melanggar perjanjian bersama apabila menjual sahamnya kepada Tenute del Mondo, anak syarikat kumpulan wain Stoli, pada 2021 tanpa mendapatkan persetujuan beliau terlebih dahulu.
Pasangan itu sebelum ini dikatakan bersetuju untuk tidak menjual kepentingan masing-masing dalam Miraval tanpa persetujuan bersama.
Pitt mendakwa, tindakan Jolie telah menjejaskan operasi dan nilai jenama Miraval secara keseluruhan.
Pitt dan Jolie membeli Chateau Miraval pada 2011 dengan nilai sekitar AS$60 juta dan menjadikannya sebagai jenama wain mewah yang terkenal di seluruh dunia.
Mereka berpisah pada 2016 dan menyelesaikan perceraian lapan tahun kemudian, namun pertikaian mengenai ladang tersebut berlarutan sehingga kini.
Jolie menafikan wujudnya perjanjian larangan jualan dan telah memfailkan saman balas dan mendakwa, Pitt cuba memaksa beliau menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) yang akan menghalangnya daripada bercakap mengenai dakwaan penderaan semasa perkahwinan mereka.
Perbicaraan awam berhubung kes ini dijadualkan berlangsung pada 17 Disember 2025, dengan kedua-dua pihak dijangka mengemukakan bukti termasuk komunikasi peribadi dan dokumen berkaitan penjualan saham. - Agensi