[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Bruce Willis terima penghargaan dari Perancis

Astro Awani 12/02/2013 | 09:00 MYT
Atas sumbangannya kepada dunia perfileman, Bruce Willis dikurniakan pingat "Commander Of The Arts" di Paris.
Teruja dengan pengiktirafan yang diberikan bagaimanapun, hero “Die Hard” ini tidak bersetuju dengan sistem cukai Perancis.
“Kita membayar cukai terhadap Amerika Syarikat dalam masa sama kita berpeluang untuk membuat aduan berkenaan cukai yang tinggi. Bagaimanapun saya tidak dapat bayangkan sesiapa yang dengan gembira membayar cukai yang tinggi,” kata Willis.
Kerajaan Perancis bercadang mengenakan cukai setinggi 75 peratus kepada golongan yang berpendapatan RM3.1 juta setahun.
Antara yang membantah pelan itu ialah pelakon Gerard Depardieu.
Dilahirkan di Eropah tetapi membesar di Amerika, filem terbarunya “A Good Day To Die Hard” sedang ditayangkan di seluruh dunia.
Ia merupakan filem kelima dari Francais popular “Die Hard” bagaimanapun Willis yakin filem itu akan disambungkan lagi.
Willis hadir ke upacara itu dengan ditemani isterinya, Emma Heming.
#Bruce Willis #Die Hard #Emma Heming #Gerard Depardieu