ENTERTAINMENT

BTS ARMY, sedia untuk ikat perut! Patung comel anggota BTS dilancar April ini

Isabelle Leong 18/02/2019 | 00:20 MYT
Pakaian patung kecil ini dicipta berdasarkan pakaian dipakai anggota BTS pada sesi penggambaran album terbaharu "Love Yourself: Answer". -Gambar fail
ARMY (nama fandom BTS) sekalian, adakah anda bersedia ikat perut untuk membeli patung ‘Funko Pop! Rocks’ BTS?

Jika sebelum ini syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel mengumumkan pelancaran patung #BTSDollsOfficial, kali ini pula ialah kolaborasi di antara BTS dan Funko yang bakal dilancarkan April ini.

Pengumuman tersebut dibuat pada Jumaat di New York Toy Fair 2019 oleh Funko.

Setiap anggota BTS iaitu Rap Monster (RM), Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, and Jungkook ada patung sendiri.

Pakaian patung kecil ini pula seolah-olah dicipta berdasarkan kostum yang dipakai ketujuh-tujuh anggota BTS dalam sesi penggambaran album terbaharu mereka “Love Yourself: Answer”.





ARMY boleh ‘pre-order’ patung tersebut di entertainmentearth.com dan di barnesandnoble.com.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rap Monster (RM)



Jin


Suga


J-Hope


Jimin


V


Jungkook


Apa pendapat anda tentang patung-patung ini?

Adakah ARMY hanya akan membeli patung ‘bias’ anda atau ketujuh-tujuh mereka?

Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah!

#ARMY #BTS #Funko #Funko Pop Rocks #J-Hope #Jimin #Jin #Jungkook #patung #Rap Monster #Suga #V