BTS bakal keluarkan album kompilasi pada Jun

Bernama
Mei 5, 2022 06:16 MYT
Diberi judul "Proof", album itu dijadual dikeluarkan pada 10 Jun. - Foto Twitter/@bts_bighit
SEOUL: Kumpulan K-pop sensasi, BTS bakal mengeluarkan album kompilasi baharu yang turut memuatkan tiga lagu baharu pada bulan depan.
Diberi judul "Proof", album itu dijadual dikeluarkan pada 10 Jun, menurut kenyataan Big Hit Entertainment pada Khamis lapor Agensi Berita Yonhap.
Album itu menyusul selepas album berjudul "Butter,"dikeluarkan Julai tahun lalu.
"Proof" juga dihasilkan sempena meraikan ulang tahun kesembilan kumpulan itu yang akan disambut pada 13 Jun.
Prapesanan album itu boleh dibuat melalui kedai Weverse mulai Khamis.
-- BERNAMA
#BTS #K-pop #proof #album baharu #kompilasi