[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
ENTERTAINMENT

BTS berkolaborasi dengan Lady Gaga, Dolly Parton?

Isabelle Leong 13/02/2019 | 05:28 MYT
Dolly Parton (kanan) berkongsi video viral di mana BTS sedang jamming sambil mendengar lagu Jolene yang dinyanyikan oleh Parton dan Miley Cyrus di pentas Grammy Awards 2019.
JIKA sebelum ini Westlife dan Ed Sheeran dilaporkan ingin mengadakan kolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkemuka BTS, ini pula giliran penyanyi lagu ‘country’ wanita, Dolly Parton!
Parton meluahkan minatnya untuk berkolaborasi dengan BTS melalui muat naiknya di laman Twitter.
Beliau berkongsi video viral di mana BTS sedang ‘jamming’ sambil mendengar lagu ‘Jolene’ yang dinyanyikan oleh Parton dan Miley Cyrus di pentas Grammy Awards 2019.
BACA: 'Si rambut hijau pudina tu memang 'hot'!' - Gara-gara Grammy, anggota BTS jadi viral
“Mungkin kolaborasi seterusnya untuk menyanyi lagu #Jolene adalah dengan BTS? Apa pendapat anda semua?,” katanya menerusi muat naiknya pada Selasa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ditemu bual oleh media tempatan Amerika Syarikat, BTS juga memberitahu minat mereka untuk bekerjasama dengan penyanyi ternama Hollywood, Lady Gaga.
Rata-rata netizen berasa teruja dengan kemungkinan kolaborasi kedua-dua gergasi industri muzik ini menjadi kenyataan kerana BTS belum pernah mencuba genre ‘country’.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#BTS #country #Dolly Parton #Jolene #kolaborasi #Korea Selatan #Lady Gaga #wanita