[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

BTS dinamakan Penghibur Terbaik Tahun Ini oleh TIME

Agensi 12/12/2020 | 01:00 MYT
BTS akan membuat persembahan pada acara pengumuman Person of the Year oleh TIME, Khamis depan. -Reuters
KUMPULAN K-pop BTS dinobatkan sebagai ‘Penghibur Terbaik Tahun Ini’ oleh majalah Time.
Kumpulan dengan tujuh anggota itu membuat penampilan sulung pada tahun 2013, kini muncul antara artis paling berjaya di dunia hasil populariti lagu-lagu mereka, dedikasi kumpulan peminat dan mesej positif yang dibawa.
"BTS bukan hanya kumpulan K-pop popular. Mereka merupakan kumpulan paling popular," tulis penulis Time, Raisa Bruner.
Di Twitter, BTS merupakan artis paling banyak menerima ciapan di Amerika Syarikat bagi tahun keempat berturut-turut.
Bulan lalu, kumpulan ini mendapat pencalonan Anugerah Grammy pertama untuk kumpulan K-pop, manakala single berbahasa Inggeris mereka, "Dynamite", debut di kedudukan teratas carta Billboard Hot 100.
#BTS #Amerika Syarikat #billboard #TIME #K-pop #Penghibur Terbaik Tahun Ini #Person of the Year