[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

BTS dominasi carta Billboard 200 dengan album 'BE'

Isabelle Leong 30/11/2020 | 00:48 MYT
BE merupakan album studio bukan berbahasa Inggeris ke-11 yang pernah mengungguli carta album muzik Amerika Syarikat itu. - REUTERS
KUMPULAN pop sensasi Korea Selatan BTS sekali lagi mengungguli carta Billboard 200 dengan album terbaharu mereka ‘BE’ pada Ahad.
Album tersebut menduduki tangga pertama susulan terjual 242,000 unit yang setara dengan album di Amerika Syarikat (AS) pada minggu pertama ia diterbitkan, menurut data Nielsen Music.
Ia sekali gus menjadikan "BE" sebagai album No. 1 mendominasi carta Billboard 200 yang kedua oleh kumpulan itu tahun ini selepas album "Map of the Soul: 7" pada Mac lalu.
Dalam pada itu, "BE" merupakan album studio bukan berbahasa Inggeris ke-11 yang pernah mengungguli carta album muzik AS itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menariknya, lima daripadanya merupakan album milik BTS!
Secara keseluruhan, BTS sudah pernah menduduki tangga pertama pada carta Billboard 200.
Sebelum ‘BE’ dan ‘Map of the Soul: 7’, album-album ‘Love Yourself: Tear’ (2 Jun 2018), ‘Love Yourself: Answer’ (8 September 2018) dan ‘Map of the Soul: Persona’ (27 April 2019) pernah mengungguli carta sama.
Mereka mencapai pencapaian berkenaan dalam tempoh dua tahun dan enam bulan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan BTS itu menyamai pencapaian kumpulan ternama The Beatles yang hanya dibezakan dengan tempoh yang lebih cepat iaitu kurang daripada dua tahun dan lima bulan menerusi album ‘Yesterday and Today’ (30 Julai 1966) dan ‘The White Album’ (28 Disember 1968).
#BTS #Korea Selatan #K-pop #Billboard 200 #Nielsen Music #BE #Beatles