[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

BTS hampir dibubarkan, mujur ada ARMY terus beri sokongan

Nursyazwani Saiful Sham 16/12/2018 | 04:58 MYT
Kerja keras kumpulan BTS akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membolot kesemua 10 anugerah yang dicalonkan pada anugerah MAMA 2018. - Foto: Youtube/ H Thanhh
KUMPULAN K-Pop popular, BTS terima anugerah utama pada Mnet Asian Music Awards atau lebih dikenali sebagai MAMA yang berlangsung di Hong Kong.
Bukan sahaja terima anugerah artis dan album terbaik, malah kumpulan tujuh jejaka tampan yang tercalon dalam 10 kategori itu berjaya membawa pulang kesemuanya.
Apa yang lebih menarik perhatian peminat fanatik mereka, atau yang digelar ARMY itu, adalah pada ucapan kumpulan tersebut sewaktu menerima anugerah utama.
Salah seorang ahli kumpulannya, Jin mendedahkan kumpulan berkenaan nyaris dibubarkan awal tahun ini.
Memetik laporan Allkpop.com, Jin turut mendedahkan perbincangan tersebut mula diperkatakan kerana mereka keletihan mental dan fizikal serta tekanan yang memuncak untuk menempa nama dalam industri K-Pop.
Kerja keras kumpulan BTS akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membolot kesemua 10 anugerah yang dicalonkan pada anugerah MAMA 2018. Foto: Youtube/ Hà Thanhh
Kerja keras kumpulan BTS akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membolot kesemua 10 anugerah yang dicalonkan pada anugerah MAMA 2018. Foto: Youtube/ Hà Thanhh
Bagaimanapun, kata seorang lagi ahli kumpulan itu, Jimin, mereka akhirnya bertahan dengan sokongan ibu bapa, rakan-rakan rapat dan ARMY yang tidak putus beri dorongan.
ARMY ternyata berbangga dengan pencapaian kumpulan ini yang kini sudah menempa nama dalam industri muzik global.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lebih-lebih lagi apabila BTS akan membuat kemunculan pada saluran radio antarabangsa BBC 1 yang berpangkalan di United Kingdom sempena sambutan Hari Natal tidak lama lagi.
#album terbaik #ARMY #artis terbaik #BTS #Korea #Kpop #MAMA #selebriti