BTS Jungkook terpaksa dipapah selepas persembahan

Gempak
Januari 16, 2019 10:00 MYT
Sebaik sahaja selesai meramkamkan gambar, Jungkook yang duduk bersila cuba berdiri sebelum jatuh kerana tidak stabil. - Foto Astro GEMPAK
KEADAAN anggota kumpulan K-Pop popular BTS, Jungkook yang lemah selepas membuat persembahan di Seoul Music Award ke-28 merisaukan peminatnya.
Kejadian itu berlaku selepas BTS selesai mempersembahkan lagu popular mereka berjudul Idol.
Menerusi video pendek yang tular di media sosial sejak semalam merakamkan Jungkook berjalan dengan perlahan dan kelihatan agak lemah sebelum terbaring di bahagian tepi pentas.
Jungkook kemudiannya diberikan air oleh para petugas acara tersebut sebelum dipapah masuk oleh pengawal keselamatan ke belakang pentas.
Satu lagi kejadian berlaku selepas tamat acara berkenaan, para artis diminta untuk mengambil gambar kenangan di atas pentas beserta trofi kemenangan masing-masing.
Sebaik sahaja selesai meramkamkan gambar, Jungkook yang duduk bersila cuba berdiri sebelum jatuh kerana tidak stabil.
#BTS #Jungkook #K-pop #karier #selebriti #video