SELEPAS melancarkan lagu 'Dynamite' pada Jumaat lalu, BTS kini kembali dengan dua versi remix baharu untuk lagu hit tersebut!

Pada tengah malam Jumaat, syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment mengumumkan di portal kelab rasmi Weverse bahawa BTS akan melancarkan 'Tropical Remix' dan 'Poolside Remix'.

Menurut Big Hit lagi, penyusunan semula dua remix baharu berkenaan akan menampilkan suasana musim panas yang meriah dan menyegarkan.

Kedua-dua lagu berkenaan akan dilancarkan pada 12 tengah hari (waktu tempatan) Jumaat 28 Ogos.

Selain trek disko-pop asli yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, kumpulan sensasi Korea Selatan tersebut juga mengeluarkan dua lagi remix lain iaitu versi akustik dan tarian elektronik, pada Isnin.






Sebelum ini, video muzik terbaharu septet tersebut memecah rekod YouTube apabila meraih 10 juta tontonan hanya dalam masa 21 minit.

Tidak terhenti di situ sahaja!

Septet berkenaan juga berjaya mencipta sejarah apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta dalam masa satu hari melalui lagu tersebut.

BTS juga berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Blackpink menerusi lagu How You Like That yang berjaya mencapai 86.3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

BACA: BTS dijemput persembahkan 'Dynamite' di Perhimpunan Kesihatan Sedunia

'Dynamite' merupakan lagu single bahasa Inggeris pertama bintang-bintang K-Pop tersebut.



Kumpulan K-Pop tersohor itu juga dijadualkan untuk mempersembahkan single baru mereka di Anugerah Video Muzik MTV (VMA) 2020 pada Ahad in (30 Ogos).

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama mereka tampil di pentas VMA.

Mereka dijadualkan untuk membuat persembahan secara maya di Seoul, Korea Selatan disebabkan wabak COVID-19.