BTS menang 4 anugerah di Billboard Music Awards 2021

Asyraf Roslan
Mei 24, 2021 02:24 MYT
BTS berjaya memenangi empat anugerah di Billboard Music Awards 2021. -Gambar fail
KUMPULAN sensasi Korea Selatan, BTS berjaya menang empat anugerah di Billboard Music Awards 2021.
BTS yang popular dengan lagu "Dynamite" berjaya memenangi anugerah Lagu Terlaris, Duo/ Kumpulan Terbaik, Artis Dengan Jualan Lagu Tertinggi, juga anugerah Artis Sosial Media Terbaik untuk tahun kelima berturut-turut.
Kemenangan kumpulan yang dianggotai oleh V, J-Hope, RM, Jin, Suga, Jimin dan Jungkook itu diumumkan sebelum upacara anugerah itu bermula.
Susulan kemenangan itu, BTS mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka yang dikenali sebagai "Army" atas sokongan yang diberi kepada mereka.

It's official: @BTS_twt is the Top Social Artist at the 2021 #BBMAs for the FIFTH year in a row! See the complete list of winners (updating live) here: https://t.co/VGZGV8WkNe pic.twitter.com/zlqXGxjKPA

— billboard (@billboard) May 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada malam anugerah itu juga, BTS mempersembahkan lagu terbaharu mereka "Butter" buat kali pertama.
Pada majlis sama, Taylor Swift dan The Weeknd masing-masing berjaya merangkul anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di dalam majlis muzik berprestij itu.
Acara Billboard Music Awards 2021 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat dan di hoskan oleh Nick Jonas.
Tahniah BTS dan ARMY.
#BTS #Taylor Swift #The Weekend #Nick Jonas #Amerika Syarikat #butter #Billboard Music Awards #Dynamite #Army BTS