BTS Pop-Up Store Dubai dibuka bermula 9 September hingga 8 Disember

Agensi
September 7, 2022 03:31 MYT
Projek BTS Pop-Up Store pernah singgah di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea, Indonesia termasuk Malaysia menerima sambutan luar biasa. - Reuters
DUBAI: Selepas mendapat maklum balas luar biasa di beberapa lokasi di seluruh dunia, kali ini BTS Pop-Up Store bakal dibuka di Dubai.
Memetik laporan Arab News, “BTS Pop Up: Space Of BTS” bakal beroperasi di Burjuman Mall bermula 9 September hingga 8 Disember depan yang menawarkan pengalaman menakjubkan buat para peminat BTS.
Peminat BTS di Dubai kini berpeluang mendapatkan produk barangan eksklusif termasuk koleksi kegemaran peminat termasuk pakaian, aksesori, bag, alat tulis, poster dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS.

[BTS POP-UP : SPACE OF BTS in DUBAI] We are only a few days away from the grand opening! Dont forget to read the guidelines for a hassle-free visit. 09 SEP 2022 08 DEC 2022 L1 0029, BurJuman Mall, Dubai#BTS#BTS_POPUP #SPACE_OF_BTS pic.twitter.com/ZXbJTQ75kG

— morningKall (@morningKall) September 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Projek BTS Pop-Up Store yang pernah ‘singgah’ di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea, Indonesia termasuk Malaysia menerima sambutan luar biasa daripada peminat BTS.
Sementara itu, label pengurusan BTS, Hybe memaklumkan hanya 40 pengunjung dibenarkan masuk ke kedai dalam satu masa.
“Pengunjung tidak boleh bawa makanan, minuman atau haiwan peliharaan,” maklum Hybe.
Lebih menarik, peminat BTS yang berkunjung ke sana boleh menikmati pengalaman bergambar di zon bergambar yang menampikan ciri interaktif bertema BTS termasuk zon dedikasi khas program realiti “BTS in the Soop”.
#Dubai #BTS #Pop Up Store #BTS Pop Up Space Of BTS