awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS raih dua anugerah di AMA 2020

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/11/2020
07:51 MYT
BTS raih dua anugerah di AMA 2020
BTS membawa pulang dua anugerah iaitu Favourite Duo or Group Pop/Rock' dan Favourite Social Artist. - Twitter@AMAs
ANUGERAH Muzik Amerika 2020 (AMA 2020) sekali lagi membuktikan keunggulan BTS apabila kumpulan K-Pop berkenaan membawa pulang dua anugerah pada majlis anugerah berprestif itu.
AMA yang diadakan pada petang Ahad (waktu tempatan) menyaksikan septet itu memenangi anugerah ‘Favourite Duo or Group – Pop/Rock' sekali gus merupakan kemenangan mereka untuk anugerah yang sama buat dua tahun berturut.
Bukan itu sahaja, mereka juga merangkul anugerah ‘Favourite Social Artist’ dan ini merupakan tahun ketiga berturut-turut mereka meraih trofi itu.
ARMY, you did it! @BTS_twt wins Favorite Social Artist and Favorite Duo or Group - Pop/Rock at the #AMAs pic.twitter.com/0O61AZNKBY
— American Music Awards (@AMAs) November 23, 2020
Biarpun tidak dapat menghadiri majlis anugerah itu, mereka mempersembahkan dua lagu iaitu 'Dynamite' dan lagu baharu ‘Life Goes On’ dari Stadium Seoul.
Jejaka-jejaka tampan yang menganggotai kumpulan itu juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka, ARMY menerusi satu mesej video.
ARMY! YOU voted and @BTS_twt wins Favorite Duo or Group - Pop/Rock! #AMAs pic.twitter.com/j4Z73Pv8pJ
— American Music Awards (@AMAs) November 23, 2020
“Terima kasih ARMY dan AMA atas penghormatan yang besar ini. Kami berharap Suga ada di sini bersama-sama kami hari ini untuk meraikan hari ini, tetapi tidak mengapa.
“Kami memohom maaf kerana tidak dapat hadir untuk menerima anugerah ini, namun kami tetap gembira kerana dapat menghubungi kalian dari Seoul,” kata mereka.
Ketua BTS, RM, juga mengucapkan terima kasih kepada ARMY atas sokongan yang berterusan daripada peminat setia mereka, terutamanya pada tahun ini yang penuh dengan ketidakpastian dan keraguan.\
“Tatkala mengharungi kesukaran pada tahun ini, kami ingin kekal sebagai kumpulan yang membawa ketenang kepada dunia menerusi muzik kami.
“Itulah mesej yang ingin kami bawakan menerusi album baharu kami, iaitu memberitahu ARMY bahawa kehidupan kami tetap berjalan (life goes on).
“Terima kasih sekali lagi atas anugerah yang berharga ini. Sayang kamu, ARMY,” tambah mereka.
BTS berada di bawah naungan Big Hit Entertainment dan membuat debut (penampilan sulung) pada 2013 serta mempunyai tujuh anggota iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.
Topic Berkaitan
#BTS
#AMAs
#American Music Awards 2020
#anugerah
#Dynamite
#Life Goes On
#ARMY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan