awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS rangkul 2 anugerah video muzik di MTV Jepun

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2021
04:24 MYT
BTS rangkul 2 anugerah video muzik di MTV Jepun
BTS memenangi anugerah untuk Video Kumpulan Terbaik bagi hit single mereka "Butter" dan Video Kolaborasi Terbaik untuk lagu "My Universe". -Gambar fail/Reuters
KUMPULAN K-pop sensasi BTS membawa pulang, bukan hanya satu, tetapi dua anugerah di majlis Anugerah Muzik Video MTV 2021 Jepun (2021 MTV VMAJ).
Perkara itu diumumkan penganjur MTV VMAJ 2021 pada 29 Oktober di laman web rasminya, lapor portal HelloKpop.
BTS memenangi anugerah untuk Video Kumpulan Terbaik bagi hit single mereka "Butter" tahun ini.
Septet itu juga memenangi Video Kolaborasi Terbaik untuk lagu "My Universe" di mana mereka bekerjasama dengan kumpulan Coldplay.
#VMAJ2021 WINNER #ColdplayXBTS >>https://t.co/wiklt1eriS @coldplay @BTS_twt @bts_bighit @BTS_jp_official #MyUniverse #Coldplay #BTS #VMAJ #MTV_Japan pic.twitter.com/NF6flt24QS
— MTV Japan (@MTV_JAPAN) October 29, 2021
Kedua-dua anugerah itu adalah dalam kategori antarabangsa.
"Terima kasih MTV Japan dan semua yang menyokong video ini."
Ini bukan kali pertama BTS memenangi anugerah di MTV VMAJ.
Sebelum ini, kumpulan K-pop tersohor itu menerima anugerah Video Kumpulan Terbaik pada 2020 dan 2018 untuk video muzik “Dynamite” dan “Fake Love”.
Pada 2019, mereka juga memenangi anugerah Best Buzz.
Secara keseluruhan, BTS telah merangkul lima anugerah utama dalam tempoh empat tahun.
Tahun ini, lebih istimewa, kerana ia kali pertama mereka memenangi dua anugerah.
MTV VMAJ 2021 memilih karya terbaik dalam 18 kategori untuk video muzik yang diterbitkan dari 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2021.
Video muzik majlis anugerah akan disiarkan pada 3 November manakala majlis anugerah itu akan diadakan secara langsung pada 25 November dan disiarkan pada 18 Disember jam 7 malam menerusi MTV JAPAN.
MTV VMAJ ialah versi Jepun untuk MTV VMA iaitu majlis anugerah muzik terbesar di Amerika Syarikat yang diadakan setiap tahun sejak 2002.
Topic Berkaitan
#BTS
#K-pop
#2021 MTV VMAJ
#video muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan