HIBURAN

BTS umum 'comeback' album penuh, konsert jelajah tahun depan

Gempak 04/07/2025 | 10:24 MYT
BTS umum kemunculan semula dan merancang konsert jelajah dunia pada tahun 2026. -Gempak
KUMPULAN K-pop terkenal, BTS mengumumkan bakal melakukan kemunculan semula dan merancang untuk mengadakan konsert jelajah dunia tahun hadapan.


Ringkasan AI
  • Kumpulan K-pop BTS mengumumkan kemunculan semula dan merancang konsert jelajah dunia pada tahun 2026, seperti dimaklumkan oleh ketua kumpulan RM menerusi siaran langsung di Weverse.
  • BTS kini sedang memberi tumpuan penuh kepada penghasilan album baharu yang akan dirakam di Amerika Syarikat dan dijadualkan dilancarkan pada musim bunga tahun depan.
  • Konsert jelajah dunia akan diadakan seiring dengan pelancaran album tersebut, menandakan kemunculan semula BTS selepas pelancaran album PROOF dan persembahan terakhir mereka di Busan pada 2022 sebelum menjalani latihan ketenteraan.


Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh ketua kumpulan, RM, menerusi satu siaran langsung di platform Weverse baru-baru ini.

Katanya, mereka kini sedang memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan album terbaharu yang akan dirakam di Amerika Syarikat bermula bulan ini.

“Kami sedang memberi tumpuan dengan bersungguh-sungguh kepada pengkaryaan muzik.

“Album kumpulan kami benar-benar akan dikeluarkan pada musim bunga akan datang dan peminat tidak perlu menunggu sehingga bulan Julai atau Ogos,” katanya.

Tambahnya, mereka juga sudah merancang untuk melakukan konsert jelajah bersama sama dengan pelancaran album baharu mereka.

“Kami juga sedang merancang jelajah dunia seiring dengan pelancaran album baharu ini.

"Kami akan mengunjungi peminat di seluruh dunia, jadi kami harap anda semua teruja seperti kami,” kongsinya lagi.

Terdahulu, BTS telah melancarkan album penuh mereka berjudul PROOF pada Jun 2022 serta mereka juga sempat melakukan persembahan terakhir mereka di Busan, Korea pada Oktober 2022 sebelum menjalani latihan ketenteraan. -Gempak





#konsert #BTS #Kumpulan K-Pop #konsert jelajah dunia