SEJAK peralihan kerajaan baharu, umum mengetahui dan perasan, rata-rata artis tempatan ramai meluahkan isi hati mereka yang terpendam selama ini.

Terbaharu, selaku pengarah muda, Syafiq Yusof menerusi akaun Twitternya menulis:

"Saya percaya ramai pembikin filem terutama dari golongan orang muda mahukan perubahan dalam industri perfileman.

"Bukan wang atau geran yang kami harapkan, kami mahu kebebasan bersuara, perlaksanaan undang-undang yang telus dan pembangunan dan kajian dalam memajukan filem Tanah Air," katanya.

Luahan pendek Syafiq itu telah di retweet sebanyak 950 kali dan 1,112 orang yang menyukai setakat artikel ini ditulis.