BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban.
Demikian gambaran kepiluan yang sedang dihadapi oleh artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang kehilangan suaminya, Ashraf Sinclair awal pagi Selasa.
Dalam video yang dikongsi di laman sosial, Bunga dan anaknya, Noah Sinclair tidak mampu menahan kesedihan dengan suami yang menjadi pendampingnya selama 11 tahun.
Berpakaian serba putih, Bunga kehilangan kata-kata dan hanya mampu mengangguk mendengar kata-kata semangat yang diberikan kepadanya oleh tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Ashraf.
Video Bunga sedang bersedih dikongsi oleh pemilik akaun Instagram lambe-turah.
Ketika ini, pengurusan Bunga memohon kerjasama daripada pihak media untuk tidak mengganggu artis popular itu yang sedang berduka dengan pemergian suami tercinta.
Bunga kehilangan suaminya, Ashraf pada awal pagi ini akibat serangan jantung.
Pemergian Ashraf sangat mengejutkan kerana Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 40 tahun.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Sementara itu, portal Kompas melaporkan jenazah Allahyarham Ashraf akan dikebumikan selepas solat Asar di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.
Jenazah Ashraf dibawa keluar dari rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan).
BACA: 'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari
BACA: "Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus
Astro Awani
Tue Feb 18 2020

Wajah sugul Bunga Citra Lestari yang sedang berduka dengan pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.

Cantik berpurdah, majlis resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir indah, penuh 'nuansa Islamik'
Majlis menyambut menantu penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya yang difahamkan berlangsung pada Ahad menarik perhatian netizen di laman sosial.

Tindakan segera perlu, lindungi hidupan liar dan pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lintasan hidupan liar merupakan infrastruktur penting yang boleh membantu mengurangkan insiden tragis haiwan dilanggar oleh kenderaan.

Nanostix seru kerajaan negeri fokus penguatkuasaan, bukan pengharaman vape
Nanostix menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan.

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ttonggak tengah JDT, Ruo Han memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Selamat hari jadi di syurga" - BCL titip ucapan hari jadi buat arwah Ashraf Sinclair
Bunga Citra Lestari memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.

'Rasa sakit itu akan selamanya ada' - BCL luah isi hati selepas kembali bergelar isteri
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini juga memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah berjaya menawan dan mengisi kekosongan hatinya.

Bunga Citra Lestari, Tiko sah bergelar suami isteri
Difahamkan, majlis pernikahan BCL hanya dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Duda anak tiga kekasih Bunga Citra Lestari?
Tiko Aryawardhana didakwa sangat akrab dan sering menemani BCL ke pelbagai acara.

Air mata BCL tumpah saat dendang lagu 12 Tahun Terindah
Kembali ke Kuala Lumpur, tempat berputiknya cinta bersama arwah tidak mustahil untuk Bunga tidak terkenang dengan memori-memori lama.

"Ariel kawan baik saya" - Bunga Citra Lestari
BCL jawab tuduhan liar dia menjalin hubungan intim dengan Ariel (Noah).

"Filem terakhirnya.." - BCL terharu filem lakonan Ashraf bakal ditayangkan tidak lama lagi
Bunga puji usaha dan pencapaian suaminya dalam filem J2: J Retribusi yang akan dilancarkan menerusi platform penstriman Disney Hotstar pada 1 Jun ini.

Setahun pemergian Ashraf Sinclair: 'Kami merinduimu, Abang Ash' - Yuna
Hari ini genap setahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, namun kehilangannya masih dirasai.

Kalaulah saya tahu saya cuma ada masa 12 tahun dengannya... - Bunga Citra Lestari
Bunga menyifatkan kehilangan Ashraf membuatkan dia kembali memikirkan apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.