HIBURAN
Bunga Citra Lestari kembali dengan konsert bertemakan cinta September ini
Bunga Citra Lestari (BCL) akan mengadakan konsert bertajuk "BCL: Eternal Love-Timeless Romance" pada 27 September di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Puteri pop Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL, bakal kembali ke pentas konsert di ibu negara menerusi "BCL: Eternal Love-Timeless Romance" yang dijadualkan pada 27 Sept depan.
Ringkasan AI
Konsert yang dijangka diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menjanjikan persembahan istimewa dengan sentuhan emosi menerusi rangkaian lagu-lagu cinta popularnya seperti Cinta Sejati, Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah dan single terbaharunya, Memulai Kembali.
Dibawakan oleh Pulse Project Asia, konsert itu bakal membawa peminat BCL menyusuri perjalanan seninya dalam suasana lebih intim dan eksklusif.
"Konsert ini bagaikan membawa pulang penyanyi kesayangan ramai itu ke pentas yang sentiasa disambut hangat oleh peminat di Malaysia. Kedatangannya ke ibu kota dijangka terus menghidupkan nostalgia peminat dengan karya-karyanya," kata Pengarah Pulse Project Asia Muhammad Anuar Zaini dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, BCL turut menyatakan keterujaannya untuk kembali menghiburkan peminat setia di Malaysia yang sentiasa menyokong karier seninya sejak lebih sedekad lalu.
Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Ticket2U bermula 3 petang hari ini.
Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia ialah pada 2023, menerusi "Blossom Intimate Concert", juga di venue sama.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bunga Citra Lestari (BCL) akan mengadakan konsert bertajuk "BCL: Eternal Love-Timeless Romance" pada 27 September di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
- Konsert ini menjanjikan persembahan penuh emosi dengan lagu-lagu popular seperti Cinta Sejati, Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah, dan single terbaharu Memulai Kembali.
- Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Ticket2U bermula jam 3 petang hari ini, dan konsert ini dijangka membawa suasana intim serta eksklusif kepada peminat setia BCL di Malaysia.
Konsert yang dijangka diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menjanjikan persembahan istimewa dengan sentuhan emosi menerusi rangkaian lagu-lagu cinta popularnya seperti Cinta Sejati, Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah dan single terbaharunya, Memulai Kembali.
Dibawakan oleh Pulse Project Asia, konsert itu bakal membawa peminat BCL menyusuri perjalanan seninya dalam suasana lebih intim dan eksklusif.
"Konsert ini bagaikan membawa pulang penyanyi kesayangan ramai itu ke pentas yang sentiasa disambut hangat oleh peminat di Malaysia. Kedatangannya ke ibu kota dijangka terus menghidupkan nostalgia peminat dengan karya-karyanya," kata Pengarah Pulse Project Asia Muhammad Anuar Zaini dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, BCL turut menyatakan keterujaannya untuk kembali menghiburkan peminat setia di Malaysia yang sentiasa menyokong karier seninya sejak lebih sedekad lalu.
Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui platform Ticket2U bermula 3 petang hari ini.
Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia ialah pada 2023, menerusi "Blossom Intimate Concert", juga di venue sama.
-- BERNAMA

#konsert
#Bunga Citra Lestari
#BCL Eternal Love-Timeless Romance
#Plenary Hall Pusat Konvensyen Kuala Lumpur