HIBURAN
Bunga emas jadi mas kahwin, kejutan istimewa buat Erra Fazira - Ezwan Zain
Menurut Ezwan, Erra memang mengetahui mengenai penggunaan dinar emas, namun tidak menyangka ia akan disusun dalam bentuk jambangan yang mengandungi 24 keping dinar emas. - Foto Bernama
SUBANG : Suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira iaitu Ezwan Zain mendedahkan bahawa bunga emas yang dijadikan mas kahwin pada majlis pernikahan mereka merupakan kejutan khas yang dirancang untuk Erra.
Ringkasan AI
Menurut Ezwan, Erra memang mengetahui mengenai penggunaan dinar emas, namun tidak menyangka ia akan disusun dalam bentuk jambangan yang mengandungi 24 keping dinar emas.
“Banyak kejutan yang saya sediakan untuk Erra hari ini, antaranya mas kahwin bunga emas. Dia tahu tentang dinar emas itu, tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping. Tiada simbolik nombor 24, cuma untuk mencukupkan berat 100 gram,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis ijab kabul di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkata hampir keseluruhan persiapan perkahwinan mereka diuruskan oleh Ezwan.
“Kalau perkahwinan sebelum ini, saya yang banyak uruskan. Tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan menguruskan 95 peratus daripada keseluruhan persiapan,” katanya.
Mengulas mengenai perancangan bulan madu, Erra memaklumkan ia terpaksa ditunda sehingga selepas Aidilfitri memandangkan beliau bakal terlibat dengan penggambaran dan sebuah konsert pada Februari.
Terdahulu, Erra selamat bergelar isteri sekali lafaz kepada Ezwan dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.19 pagi Jumaat.
Ringkasan AI
- Ezwan Zain mendedahkan bunga emas sebagai mas kahwin dalam majlis pernikahan dengan Erra Fazira merupakan kejutan khas yang dirancang untuk Erra, berbentuk jambangan dengan 24 keping dinar emas.
- Erra mengakui hampir semua persiapan perkahwinan diuruskan oleh Ezwan, berbeza dengan perkahwinan sebelum ini yang beliau lebih banyak uruskan.
- Perancangan bulan madu mereka terpaksa ditunda selepas Aidilfitri disebabkan komitmen penggambaran dan konsert Erra pada Februari, selepas majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.19 pagi Jumaat.