awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunkface lancar "Kita Punya Malaysia versi akustik"

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
10:55 MYT
Bunkface lancar "Kita Punya Malaysia versi akustik"
Lagu yang pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada 2018 dan 2019 itu disuntik elemen baharu yang lebih santai namun masih mengekalkan semangat sama. - Facebook Bunkface
KUALA LUMPUR: Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, kumpulan Bunkface melancarkan single terbaharu mereka berjudul “Kita Punya Malaysia versi akustik”.
Lagu yang pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada 2018 dan 2019 itu disuntik elemen baharu yang lebih santai namun masih mengekalkan semangat sama.
Gubahan lagu menjadi lebih santai bagi mengubah aura lagu tersebut memandangkan negara kini masih lagi berperang dengan COVID-19.
“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini.
“Kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” kata Bunkface dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sumber Facebook bunkfaceband
Lagu ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Sam Bunkface itu dilancarkan pada Jumaat di semua platform rasmi kumpulan berkenaan.
Berikut lirik lagu tersebut:
"Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Perjuangkan pertahankan tanah airku Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan merdeka Bangkit semua demi negara Selamanya Kita merdeka
Sayangi malaysiaku Sayangi malaysiaku Tanah airku ini kita punya Sayangi malaysiaku
Sayangi malaysia Satu suara laungkan merdeka Jangan lemah bangunlah Buat baru semula Percayalah hari ini Kita punya Kita punya
Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan merdeka Bangkit semua demi negara Selamanya Kita merdeka
Sayangi malaysiaku Sayangi malaysiaku Tanah airku ini kita punya Sayangi malaysiaku Sayangi malaysia
Satu suara laungkan merdeka Merdeka merdeka merdeka Kita merdeka Sayangi malaysiaku Sayangi malaysiaku Tanah airku ini kita punya (tanah airku)
Sayangi malaysiaku Sayangi malaysia Satu suara laungkan merdeka Sayangi malaysiaku Sayangi malaysia Satu suara laungkan Ini kita punya.”
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Bunkface
#COVID-19
#Sam Bunkface
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan