[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
HIBURAN

Burt Reynolds meninggal dunia akibat serangan jantung

AFP 06/09/2018 | 22:37 MYT
Bintang dengan imej macho ini sebelum ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. - Foto Reuters/Dylan Martinez
Bintang Hollywood era 70-an, Burt Reynolds, meninggal dunia akibat serangan jantung.
Reynolds, yang berusia 82 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Florida, di sisi keluarganya, menurut pegawai serantanya.
Sepanjang kariernya selama enam dekad, Reynolds pernah memenangi anugerah Golden Globe selain tercalon untuk Oscar menerusi filem 'Boogie Nights' yang dibintanginya pada 1997.
Dia pula diangkat sebagai lagenda menerusi lakonan hebat dalam filem 'Smokey and the Bandit' dan 'The Cannonball Run'.
Bintang dengan imej macho ini sebelum ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung.
Menurut pengurusnya, Erik Kritzer, dia dalam perbincangan untuk menyertai barisan pelakon dalam filem terbaharu arahan Quentin Tarantino berjudul 'Once Upon a Time In Hollywood' dengan watak George Spahn, pemilik rumah ladang yang pernah didiami oleh keluarga Manson.
Susulan berita mengenai kematiannya, beberapa bintang Hollywood memberi penghormatan terakhir kepada Reynolds termasuk Arnold Schwarzenegger.
"Burt Reynolds merupakan salah seorang wira saya. Dia merupakan seorang perintis," kata Schwarzenegger menerusi entri di laman Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lagenda tenis Boris Becker pula menyifatkan Reynolds sebagai 'salah seorang ikon terakhir Hollywood'.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arnold Schwarzenegger #Boogie Nights #Boris Becker #Burt Reynolds #Florida #Golden Globe #Hollywood #serangan jantung #Smokey and the Bandit #The Cannonball Run