Pemuzik jalanan atau busker, Meor Yusof Aziddin melancarkan Single “Tika Hujan Ku Berdoa” bagi meraih dana untuk menampung kos perubatan Adam Azfar, 7 tahun, yang menghidap penyakit barah otak.
Majlis pelancaran Single itu telah diadakan di Pasar Seni pada petang Sabtu.
Menurut Meor, lirik lagu tersebut ditulis khas oleh bapa adik Adam, Jimadie Shah Othman sebelum beliau sendiri menggubah dan menerbitkan lagu itu.
Sebahagian dari hasil jualan Single itu nanti akan didermakan kepada adik Adam.
“Lagu ini menceritakan tentang kesedihan dan harapan seorang bapa kepada anaknya selain menjadi pembakar semangat buat mereka menempuh dugaan hidup,” kata Meor ketika ditemui Astro Awani.
Penyanyi yang terkenal membawakan lagu irama 'rakyat' itu sebelum ini telah menghasilkan sepuluh album, namun ini merupakan kali pertama beliau menghasilkan sebuah Single.
“Lagu ini pada umumnya ditujukan kepada ibu bapa yang mengalami nasib sama seperti dihadapi anak Haji Madi. Mereka boleh sama-sama berkongsi lagu ini kerana ia menceritakan tentang harapan, dimana tiada istilah menyerah walaupun ditimpa ujian yang hebat”, ujarnya penuh simpati.
Ketika pelancaran tadi, Meor turut menampilkan lagu “Kereta Kecil” yang dicipta buat adik Adam sewaktu kanak-kanak itu dilaporkan beransur pulih pada Januari 2013 namun ianya tidak diterbitkan atas sebab-sebab tertentu.
Adam yang merupakan anak sulung kepada keluarga rakannya itu dimasukkan ke Hospital Serdang pada 3 November 2012 sewaktu berusia 6 tahun, selepas dia mengalami muntah-muntah dan kesukaran berjalan.
Setelah menjalani diagnosis, Adam dikesan mempunyai tumor 'Glioma Pontine' sepanjang 2.5 yang berada di bahagian tengah otaknya.
Adam sejak itu telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Susulan itu juga, keluarga Adam turut membuka sebuah laman Facebook untuk saudara-mara dan orang ramai untuk mengikut perkembangan adik Adam.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan sumbangan boleh dialamatkan kepada Mohd Jimadie Shah bin Othman atau menerusi akaun Maybank 164717019142 dan akaun RHB 11427700088527.
Khairul Wasiril Aswad
Sat Mar 16 2013
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Busker lancar Single bantu pesakit barah
Seorang pemuzik jalanan, Meor Yusof Aziddin melancarkan Single "Tika Hujan Ku Berdoa" bagi meraih dana membantu pesakit barah.