KUALA LUMPUR: Andai disebut sahaja nama Mohar atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail, rata-rata mereka yang berada dalam kelompok industri muzik tanah air cukup mengenalinya.
Bukan sahaja terbilang selaku pemain seruling buluh yang professional ternama, malah pentasnya sudah biasa dengan barisan bintang-bintang tersohor yang lain termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza dan lain-lain.
Namun, siapa menyangka di sebalik namanya yang gah itu, ramai yang sudah 'berbunyi' bahawa Mohar sering kali dilihat membuat persembahan busking di sekitar ibu kota sejak beberapa waktu kebelakangan ini.
Barangkali mungkin ramai juga yang tertanya kenapa, apakah disebabkan desakan tertentu seperti tiada lagi jemputan besar komposer untuk menyelitkan alunan mendayu tiupan serulingnya sehingga sanggup ke jalanan.
Ketika terserempak dengan sosok itu di salah sebuah pusat membeli-belah di Bangi pada Selasa, Astro AWANI tidak melepaskan peluang untuk mendekatinya bagi mengetahui perkembangan semasa beliau.
“Memang salalu buat busking ni, bukan tak ada job atau jemputan.. ada je. Tapi mungkin orang tak tahu busking ni mampu memberikan saya kepuasan sebenar bermain seruling.
“Kalau kita main bersama rakan-rakan yang lain dalam sesebuah lagu, kita akan mempunyai bahagian kita dan orang lain.
"Jadi, kita punya permainan tu terhad. Tapi bila kita busking ni kita nak main apapun atau lama mana terpulang pada kita,” katanya ketika selesai mendendangkan lagu ‘Galang Maya’ daripada album ‘Sakti’ yang pernah popular satu ketika dahulu ketika masih bersama kumpulan duo muzik fusionnya ‘Mohram’.
Beliau juga sebenarnya tidak kisah tentang pulangan atau pendapatan yang mampu diperolehinya dengan aksi busking tetapi jelasnya ia lebih kepada kepuasan yang mampu diperolehi.
Selepas album ‘Sakti’ (2001), ‘Antarsukkha’ (2004) dan 'Alam' (2005) kelibatnya dan rakan rebana Ramli agak sedikit sunyi.
Bagaimanapun sememangnya diakui selepas tiga album itu, undangan masih banyak diterima olehnya termasuk jemputan ke World Champion Arts and Performance Hollywood 2005 selain persembahan di
Dewan Philharmonic Tokyo Japan 2006.
Selepas itu dia dilihat giat dalam aksi tutorial secara atas talian sejak COVID-19 melanda.
Namun, jelas Mohar, bermain secara busking memberikan pengalaman yang baharu dan lain kepadanya yang dilihat lebih memenuhi jiwa seninya ketika ini.
“Sebenarnya busking ni pun bukanlah baharu tapi sebelum COVID-19 melanda tu dah mula dah sikit-sikit.
“Lepas pada itu banyak buat atas talian juga. Tapi saya nak bagitahu, banyak benda yang saya cari selama ini rupa-rupanya ada dalam busking, termasuklah dari segi kepuasan selain mampu menampung kos kehidupan juga,” katanya lagi.
Ketika ini, jelasnya, ada juga beberapa lagu yang beliau cipta sebagai salah satu persiapan seandainya ada mana-mana syarikat rakaman yang berkemungkinan sudi untuk menaja pembikinan album baharunya.
Ujarnya, bagaimanapun keadaan ketika ini berkemungkinan agak sukar untuk merealisasikanya apatah lagi membabitkan muzik berunsur instrumental.
Itu hakikat yang perlu diterima ketika ini berdasarkan arus perubahan semasa yang perlu ditelan oleh kebayakan artis dan juga pemuzik sepertinya.
Beliau yang kini menjengah usia 56 tahun juga tidak menafikan bahawa platform media sosial yang ada sangat membantu bukan sahaja kepada pemuzik 'otai' sepertinya tetapi juga mampu melahirkan bakat-bakat muda untuk dikenali.
“Ramai saya tengok bakat-bakat baharu dan muda yang mampu meniup seruling dengan baik dalam media sosial ketika ini. Ia sesuatu yang bagus kepada industri.
“Mereka sememangnya mempunyai bakat yang besar tetapi saya berharap agar akan lahir dan ada bakat yang mampu mencipta karakter sendiri yang mempunyai seni tiupan yang melambangkan muzik bawaan diri mereka,” tambahnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Jan 10 2023
Mohar sering kali dilihat membuat persembahan busking di sekitar ibu kota sejak beberapa waktu kebelakangan ini. - Astro AWANI/Raja Hisyam Raja Zaid
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Busking lebih memberi kepuasan - Mohar
Andai disebut sahaja nama Mohar atau nama sebenarnya Muhardiman Ismail, rata-rata mereka yang berada dalam kelompok industri muzik tanah air cukup mengenalinya.