HIBURAN
Cakra Khan gamatkan KLCC, umum berehat demi karya baharu
Cakra mendedikasikan konsert pada Sabtu kepada Allahyarham bapanya Hermana, yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasinya sejak mula berkecimpung dalam industri muzik pada 2012. - Foto Astro GEMPAK
KUALA LUMPUR: Kehebatan vokal bintang popular Indonesia Cakra Khan yang bertenaga dan sarat emosi, memukau hampir 3,000 peminat pada konsert solonya Divine Concert-Cakra Khan di Dewan Plenary, KLCC, di sini pada Sabtu.
Dikenali dengan suara serak basahnya yang unik, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 33, mempersembahkan 26 lagu dengan penuh penghayatan dalam konsert anjuran Shiraz Projects yang berlangsung hampir tiga jam.
Tirai konsert dibuka pada 8.45 malam dengan nyanyian sederet tiga lagu popular Setelah Kau Tiada, diikuti Persinggahan dan Mencari Cinta Sejati, sebelum beliau menyapa peminat dan mengakui sedikit gementar untuk memberikan persembahan terbaik.
"Assalamualaikum WBT. Apa khabar semuanya. Puji syukur saya harus bilang kepada Allah SWT kerana beri saya kesempatan untuk hadir malam ini bersama anda semua yang sangat luar biasa. Tadi saya dah makan nasi lemak, jadi boleh cakap KL sikit-sikit (ketawa). Berada di pentas ini mendebarkan, saya takut terlupa lirik, tapi malam ini saya beruntung kerana ada kalian semua. Terima kasih semuanya," selorohnya.
Diiringi lebih 10 pemuzik antaranya pemain biola, selo, saksofon, keyboard, bes, gitar, trompet dan dram, persembahan diteruskan dengan rangkaian lagu popular daripada album keduanya seperti Kau Memilih Dia, Salah Tapi Baik, Nanti, Tak Sejalan, Take The Pain dan Cahaya.
Tidak hanya menyanyi solo, Cakra turut menampilkan lima penyanyi jemputan iaitu kumpulan Trio XL, Titi DJ, Faisal Lubis, Marsha Milan dan Ade Govinda.
"Saya mendapat penghormatan menjadi juri untuk program uji bakat One in a Million. Saya rasa bertuah dapat melihat begitu banyak bakat hebat di sana.
"Saya jemput Trio XL untuk sama-sama menyanyi lagu Rindu Tak Bersuara, mereka mempunyai asas klasikal yang sangat hebat.
"Saya sendiri sudah lama belajar klasikal, tetapi terus terang saya masih belum sampai tahap itu," katanya yang menggemari karya Luciano Pavarotti.
Antara momen paling menyentuh hati ialah apabila Cakra mendedikasikan konsert itu kepada Allahyarham bapanya Hermana, yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasinya sejak mula berkecimpung dalam industri muzik pada 2012, sebelum meninggal dunia akibat angin ahmar pada 2020.
"Di kampung saya, kalau ada pesta perkahwinan, orang luar pun boleh hadir. Jadi, ayah akan bawa saya naik motosikal ke mana-mana majlis kahwin yang ada hiburan muzik supaya saya boleh menyanyi.
"Sayangnya, arwah ayah tidak sempat hadir di konsert pertama saya di sini. Setiap persembahan yang saya buat hari ini dedikasi untuk ayah dan semua yang menyokong saya sejak awal," katanya yang turut menyanyikan lagu Mencintaimu, dendangan asal Kris Dayanti.
Suasana konsert bertukar ceria apabila Cakra turun dari pentas dan berinteraksi dengan peminat sambil mengelilingi dewan ketika menyampaikan lagu Treasure, Never Felt So Good dan September.
Sorakan peminat bertambah gamat apabila anak kelahiran Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia ini mempersembahkan lagu Bunyi Gitar nyanyian asal seniman agung Tan Sri P. Ramlee.
"Saya suka dengan lagu-lagu P. Ramlee dan juga mengidolakannya. Semoga pada masa akan datang, saya boleh nyanyi banyak lagi lagu Allahyarham," katanya.
Bagaimanapun, konsert menjadi hening seketika apabila Cakra mengumumkan akan berehat selepas konsert itu bagi memberi tumpuan kepada penghasilan karya baharu selepas tiga tahun berturut-turut menghibur peminat di Malaysia.
"Terima kasih atas sokongan hebat yang kalian berikan kepada saya setiap kali membuat persembahan di sini. Sebenarnya, selepas ini saya ambil keputusan untuk berehat (daripada konsert). Sudah tiga tahun berturut-turut saya mengadakan konsert di Malaysia," katanya yang kelihatan menitiskan air mata.
Cakra pernah beraksi dalam konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur pada 2023 sebelum mengadakan konsert kedua dengan judul sama tahun lepas.
Sebagai lagu penutup dan tanda ucapan selamat tinggal kepada peminat, Cakra menyampaikan Harus Terpisah yang pernah melonjakkan namanya di Malaysia, diikuti I Will Always Love You dendangan asal Whitney Houston dengan vokal yang memukau.
-- BERNAMA