HIBURAN

Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Astro Awani 24/12/2025 | 08:30 MYT
Siti Nurhaliza (foto) memilih keempat-empat penyanyi tersebut atas dasar pengalaman bekerja bersama dan keserasian yang terjalin, yakin peminat mereka dan peminat beliau mahu menyaksikan kerjasama mereka di pentas. -Foto Astro AWANI
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hari ini mengumumkan konsert solo pada Januari depan akan menampilkan penyanyi popular dari Indonesia dan Malaysia sebagai artis undangan.


Ringkasan AI
  • Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari akan mempersembahkan penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia sebagai artis undangan, termasuk Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh, dan Umairah.
  • Siti Nurhaliza memilih keempat-empat penyanyi tersebut atas dasar pengalaman bekerja bersama dan keserasian yang terjalin, yakin peminat mereka dan peminat beliau mahu menyaksikan kerjasama mereka di pentas.
  • Dalam usaha memberikan kelainan, penyanyi undangan tidak akan menyanyikan lagu masing-masing, sebaliknya akan mempersembahkan lagu 'tuan rumah' sempena ulang tahun Biduanita Negara itu dalam konsert yang dijangka menarik 60,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Senarai rakan artis yang diundang beliau pada pementasan mega Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza itu ialah penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan serta Hafiz Suip, Noh Salleh, dan anak saudaranya Umairah.

Menurut Siti Nurhaliza, pemilihan keempat-empat penyanyi berkenaan pada persembahan mega itu bertitik tolak pada pengalaman bekerja dengan mereka.

Kata Siti Nurhaliza, bukan sekadar faktor pengalaman, sebaliknya keserasian yang sedia terjalin juga menyebabkan beliau tidak teragak-agak untuk mengundang mereka.

“Saya pernah bekerjasama dengan keempat-empat penyanyi ini. Kami sudah kenal dan mesra dengan cara kerja, sudah ada keserasian.

“Dalam masa sama saya juga yakin peminat-peminat mereka dan peminat saya mahu menyaksikan kerjasama kami di pentas,” kata Siti Nurhaliza pada sidang media, di sini, hari ini.



Dalam usaha memberikan kelainan, Siti Nurhaliza berkata, Cakra, Hafiz, Noh, dan Umairah tidak akan menyanyikan lagu mereka.

Sebaliknya, pada Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza itu, kesemua penyanyi popular berkenaan akan menyampaikan lagu ‘tuan rumah’ sebagai meraikan konsert sempena ulang tahun Biduanita Negara itu.

“Sama ada mereka akan menyanyikan lagu saya secara solo atau kami akan berduet anda boleh tengok pada malam konsert itu nanti,” kata seniwati kesayangan ramai itu lagi.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026 menampilkan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik.

Sehingga kini, sebanyak 60,000 tiket pementasan itu sudah terjual.









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah rakan artis dari Indonesia yang diundang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk konsert solo beliau?
    A: Cakra Khan merupakan salah seorang rakan artis dari Indonesia yang diundang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk konsert solo beliau.
  • Q: Berapakah kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza?
    A: Stadium Nasional Bukit Jalil akan menempatkan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari 2026, dengan kapasiti sebanyak 60,000 tiket pementasan yang sudah terjual.
  • Q: Apakah yang membuat Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh, dan Umairah sebagai rakan artis di konsertnya?
    A: Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memilih keempat-empat penyanyi tersebut berdasarkan pengalaman bekerja bersama mereka serta keserasian yang sudah terjalin antara mereka.



#Siti Nurhaliza #Konsert Legacy 30 #konsert solo #Hafiz Suip #Noh Salleh #Umairah #Stadium Nasional Bukit Jalil