[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Camila Cabello dikejarkan ke hospital

Syakirah Zulkifly 23/05/2018 | 09:05 MYT
Camila terpaksa membatalkan kemunculannya di pembukaan konsert Taylor Swift di Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada Selasa. - REUTERS
PENYANYI Camila Cabello dikejarkan ke hospital selepas membuat persembahan di Anugerah Muzik Billboard 2018 (BBMAs 2018) di Las Vegas pada Ahad.
Menerusi platform Twitter miliknya, penyanyi muda berbakat besar itu menjelaskan, dia sudah berasa tidak sihat ketika berada di BBMAs 2018 lagi.
"Sejurus selepas selesai mengadakan persembahan, saya terus ke hospital dan doktor membuat pelbagai pemeriksaan bagi memastikan keadaan saya tidak serius.
“Menurut doktor, saya hanya mengalami demam pada suhu yang rendah serta dehidrasi berikutan tidak mendapat rehat yang cukup.
“Saya ditahan di hospital untuk rawatan lanjut dan jika saya tidak mendapatkan rehat yang secukupnya, saya tidak akan pulih sepenuhnya,” ujarnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, bekas anggota kumpulan Fifth Harmony tersebut terpaksa membatalkan kemunculannya di pembukaan konsert Taylor Swift di Seattle, Washington, Amerika Syarikat, pada Selasa.
Rakan-rakan artis dan para peminat turut memberi ucapan dan mendoakan agar Camila segera sembuh, serta memberi petua cara-cara untuk cepat pulih.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Anugerah Muzik Billboard #Camila Cabello #dehidrasi #demam #Hospital #konsert #penyanyi #rawatan #Seattle #Taylor Swift