[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
ENTERTAINMENT

"Cantiknya bertudung"- Peminat puji gaya sopan Sheila Majid

Gempak 10/06/2018 | 10:47 MYT
Rata-rata peminatnya suka dengan imej bertudung Sheila Majid kerana dilihat lebih sopan dan manis.
FOTO dengan gaya bertudung ratu jazz, Datuk Sheila Majid telah mendapat perhatian peminat.

Foto yang dimuat naik ke Instgaram (IG) semalam menunjukkan Sheila Majid manis bertudung dan bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sheila menerusi kapsyennya memberitahu dia bersyukur kerana dapat berbuka puasa dan berpeluang bersolat terawih bersama Tun Dr Mahathir.

Alhamdulillah dapat berbuka puasa & berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Looking good Sir! May Allah SWT bless you with abundance of good health & keep you safe. ❤️#janganjealous


Pelantun lagu Gemilang itu mengenakan tudung serta jubah berwarna hitam.

Rata-rata peminatnya suka dengan imej bertudung Sheila Majid kerana dilihat lebih sopan dan manis.

Selain itu, peminat juga berharap gaya Sheila dalam foto berkenaan dapat dikekalkan.
#Mahathir Mohamad #menteri #Perdana Menteri #sheila majid