Captain America kalahkan Iron Man dalam undian Twitter

Nizam Bakeri
Februari 8, 2016 13:12 MYT
Captain America: Civil War dijangka menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini. - YouTube/Marvel Entertainment
Selepas trailer terbaharu filem Captain America: Civil War ditayangkan sempena kejohanan Super Bowl ke-50, para peminat filem adiwira Marvel terbahagi dua.
Mereka diminta untuk mengundi di Twitter sama ada menyokong Captain America dengan hashtag #TeamCap atau Iron Man dengan hashtag #TeamIronMan.
Trailer 45 saat tanpa sebarang dialog itu menunjukkan sorotan filem yang diakhiri dengan imej Captain America dan Iron Man yang menghadap satu sama lain sambil ditemani pasukan masing-masing.
Selepas 13 jam dimuat naik, trailer berkenaan meraih lebih 1.9 juta tontonan di Faceook dan 850 ribu tontonan di YouTube.
Pasukan Captain America lakonan Chris Evans dibarisi oleh Winter Soldier (Sebastian Stan), Hawkeye (Jeremy Renner), Scarlett Witch (Elizabeth Olsen), Falcon (Sam Wilson), dan Ant-Man (Paul Rudd).
Iron Man (Robert Downey Jr) pula disokong oleh Black Widow (Scarlett Johanssen), Vision (Paul Bettany), War Machine (Don Cheadle), dan Black Panther (Chadwick Boseman).
Dua bintang utama filem berkenaan, Downey Jr dan Evans turut tidak ketinggalan meraikan kemeriahan promosi tersebut.

Join #TeamIronMan! We have snacks!

— Robert Downey Jr (@RobertDowneyJr) February 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Who's with me? #TeamCap https://t.co/jW5x803Phf

— Chris Evans (@ChrisEvans) February 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas kejohanan Super Bowl tamat, Marvel mengumumkan majoriti undian berpihak kepada Captain America namun netizen masih terus mengundi dan menyertai kemeriahan hashtag berkenaan.

The battle is over, but the war is just beginning. #CaptainAmericaCivilWar pic.twitter.com/ipaKcegSe3

— Marvel Entertainment (@Marvel) February 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Captain America: Civil War dijangka menemui para peminat di Malaysia pada 28 April tahun ini.
#Captain America Civil War #Captain America Civil War Super Bowl trailer