awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cardi B disaman sebab baling mikrofon pada peminat

Gempak
Gempak
27/07/2025
05:16 MYT
Cardi B disaman sebab baling mikrofon pada peminat
Penyanyi rap itu membaling mikrofon selepas disiram oleh mangsa yang mahu dikenali sebagai Jane Doe. - Gempak
PADA 29 Julai 2023, Cardi B telah mencetuskan kekecohan apabila melempar mikrofon terhadap seorang wanita sewaktu membuat persembahan di Drai Beachclub and Nightclub, Los Angeles.

Ringkasan AI
  • Insiden mikrofon semasa konsert Cardi B: Pada 29 Julai 2023, Cardi B melempar mikrofon ke arah seorang wanita semasa persembahan di Drai Beachclub, selepas penonton menyiram air ke arahnya seperti yang diminta tetapi terkena wajahnya.
  • Tindakan undang-undang oleh mangsa: Mangsa yang dikenali sebagai Jane Doe memfailkan saman atas dakwaan serangan fizikal dan kecuaian, mendakwa mengalami trauma dan kecederaan akibat tindakan Cardi B.
  • Mikrofon dilelong dan kesan emosi: Mikrofon yang digunakan dalam insiden itu dilelong dan terjual pada harga RM419,000, yang menurut Doe, menambah tekanan emosi dan publisiti terhadap dirinya.

Dua tahun berlalu, insiden tersebut telah memberi kesan besar terhadap penyanyi berusia 32 tahun tersebut.
Penyanyi Bodak Yellow itu telah disaman oleh mangsa yang dilempar mikrofon dengan dakwaan serangan fizikal dan kecuaian. Tuntutan tersebut dibuat beberapa hari sebelum had masa pertuduhan itu tamat, lapor Los Angeles Times.
Menerusi dokumen yang difailkan, mangsa mendakwa mengalami trauma fizikal selepas Cardi B meminta penonton menyiram air ke arahnya.
Namun selepas disiram oleh mangsa yang mahu dikenali sebagai Jane Doe, penyanyi itu berang dan membaling mikrofon terhadapnya.
Mikrofon tersebut kemudian mengenai anggota badan mangsa dengan Cardi B didakwa menjerit kepadanya: “Saya minta tuang air di bahagian lain bukan pada wajah saya!”
Meskipun insiden tersebut pernah dilaporkan, penyanyi rap itu tidak pernah dikenakan tindakan oleh pihak polis.
Malah mikrofon tersebut telah dilelong dikenakan eBay dan terjual pada harga RM419,000 yang disifatkan Doe sebagai telah menambah beban emosi terhadapnya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Cardi B
#lempar mikrofon
#disaman
#simbah air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan