awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carmen Soo ucap takziah pada 'Sharifah' yang salah!

Izza Izelan
Izza Izelan
07/07/2014
07:36 MYT
Carmen Soo ucap takziah pada 'Sharifah' yang salah!
Carmen Soo - Gambar Fail
Pemergian penyanyi lagenda, Allahyarhamah Sharifah Aini pada Sabtu menerima banyak ucapan takziah daripada pelbagai pihak, terutama sekali di media sosial; peminat tegar, ahli politik, dan tidak kurang juga selebriti terkemuka.
Salah seorang selebriti, Carmen Soo, turut ingin meluahkan ucapan takziah beliau melalui Twitter, namun telah menujukan takziah tersebut kepada ‘Sharifah’ yang salah!
“RIP to the legend Sharifah Amani” ("Semoga bersemadi dengan tenang kepada lagenda Sharifah Amani”)
Carmen Soo mohon maaf atas kesilapan 'tweet'.
Carmen Soo mohon maaf atas kesilapan 'tweet'.
Sharifah Amani, pastinya seperti yang diketahui ramai, merupakan seorang pelakon yang paling dikenali menerusi filem yang dibintanginya, Sepet dan Gubra.
Tidak lama selepas tweet tersebut dikeluarkan, Sharifah Amani membalas dengan menyatakan kepada Carmen bahawa dia “masih hidup dan masih lagi boleh menghantar tweet”.
Menyedari kesilapannya, Carmen terus sahaja memohon maaf kerana tidak memeriksa tweet tersebut terlebih dahulu.
Namun, Sharifah Amani kemudiannya membalas tweet Carmen dengan positif dan menyatakan bahawa dia dan keluarganya menerima kesilapan tersebut sebagai satu jenaka.
“No worries lah Sayang. Family and I had a giggle tadi. Thank you!”
Biduanita Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.26 pada Sabtu dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Aliff Omar dengan bekas suami Ali Bakar.
Topic Berkaitan
#Carmen Soo
#Sharifah Aini
#Sharifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan