awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celine Dion hasilkan dokumentari perjalanan hidup derita penyakit SPS

Gempak
Gempak
02/02/2024
04:38 MYT
Celine Dion hasilkan dokumentari perjalanan hidup derita penyakit SPS
Pemenang lima kali Grammy itu mengumumkan penghasilan I Am: Céline Dion sebagai salah satu cara dirinya untuk berkongsi dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit SPS yang dideritainya. -Gempak
BUKAN menyapa peminat menerusi persembahan pentas, Celine Dion sebaliknya bakal mengubat kerinduan dengan penerbitan sebuah dokumentari tentang dirinya.
Pesohor Hollywood tersebut bakal muncul dengan dokumentari yang diberi judul I Am: Céline Dion.
Ia mengisahkan tentang kehidupannya sebelum dan selepas didiagnosis sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS).
Pemenang lima kali Grammy itu mengumumkan penghasilan I Am: Céline Dion sebagai salah satu cara dirinya untuk berkongsi dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit SPS yang dideritainya.
“Beberapa tahun kebelakangan ini sangat mencabar buat saya. Perjalanan mengetahui tentang tahap kesihatan dan perlu menghadapinya.
“Dan sepanjang beberapa tahun ini saya melihat betapa telah merindui peminat.
“Jadi sepanjang ‘kehilangan’ saya memutuskan untuk menghasilkan dokumentari tentang diri saya.
“Ia juga cara saya mahu membangkitkan kesedaran sekaligus membantu orang lain tentang penyakit ini,” kata Dion menerusi kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan People.
Dokumentari tersebut diarahkan oleh pemenang Emmy dan Academy, Irene Taylor dan akan ditayangkan di Prime Video.
Penyanyi My Heart Will Go On itu mengumumkan didiagnos penyakit SPS pada Disember 2022 dan terpaksa menunda konsert jelajah dunia. -Gempak
Topic Berkaitan
#SPS
#Stiff Person Syndrome
#I Am C line Dion
#dokumentari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan