GADGETS
ChatGPT kini mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar

ChatGPT mempunyai lebih 11 juta pengguna berbayar.10 juta pengguna dilihat melanggan ChatGPT Plus berharga AS$20 sebulan. -Gambar fail/Amanz
CHATGPT merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, selain turut meminta menghasilkan teks, dokumen dan juga gambar melaluinya.
Ringkasan AI
- ChatGPT mempunyai lebih 200 juta pengguna mingguan, dengan 11 juta pengguna berbayar. 10 juta melanggan ChatGPT Plus ($20/bulan) dan 1 juta melanggan ChatGPT Teams untuk perusahaan.
- OpenAI menjana sekitar $2.7 bilion setahun melalui ChatGPT, tetapi kos operasi masih tinggi.
- OpenAI sedang meraih dana dengan penilaian syarikat AS$150 bilion, dengan pelaburan daripada Microsoft dan Apple.
Manakala baki 1 juta pengguna adalah pelanggan untuk penawaran ChatGPT Teams yang ditujukan kepada pengguna perusahaan.
Perkongsian angka ini sekali gus memperlihatkan secara kasar OpenAI menjana $2.7 bilion melalui ChatGPT setiap tahun.
Namun, pada masa yang sama, kos operasi dan lain-lain dilihat masih lebih tinggi lagi.
OpenAI kini dilihat sedang meraih dana pada nilai syarikat $150 bilion, menyaksikan penyertaan pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Microsoft dan Apple. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami