[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
HIBURAN

Chef Wan semakin pulih daripada jangkitan

Astro Awani 25/12/2013 | 11:42 MYT
Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti bisul di bahagian hidung.
Beliau dilaporkan tidak dapat tidur selama tiga hari kerana kegatalan serta bengkak di bahagian hidung dan muka berpunca akibat jangkitan kuman.
Doktor telah membuang jangkitan kuman sebelum merebak ke otak dan beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.
Chef Wan perlu menjalani rawatan susulan buat beberapa hari kerana dikhuatiri ia telah merebak ke mata.
Klik pada video untuk berita penuh.
#bisul #Chef Wan #hidung #Hospital #jangkitan #Kuman