awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cinta kami bertahan setahun sahaja' - Fazley buat lagu untuk bekas kekasih

Gempak
Gempak
17/09/2018
00:47 MYT
'Cinta kami bertahan setahun sahaja' - Fazley buat lagu untuk bekas kekasih
Fazley berkata, sebelum berkahwin, dia sudah berterus terang tentang segalanya dengan isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz, termasuk kisah cintanya dengan gadis berbangsa Cina. - Foto Astro GEMPAK
CEF dan selebriti popular Datuk Fazley Yaakob memberanikan diri untuk mencipta sebuah lagu khas menceritakan kisah cintanya dahulu dengan seorang gadis berbangsa Cina.
Jelas Fazley, 40, lagu itu diciptanya sendiri bersama komposer terkenal Ajai dan menyelitkan lirik berbahasa Mandarin.
"Sebelum mengenali isteri saya dan berumah tangga, saya pernah bercinta dengan gadis berbangsa Cina.
"Namun, oleh kerana perbezaan agama dan budaya hubungan kami hanya bertahan selama setahun sahaja.
"Tetapi, sehingga kini kami masih berkawan seperti biasa," katanya ketika ditemui pada majlis Fun Taipei Pop Up Event di IOI Putrajaya baru-baru ini.
Kata Fazley, lagu berjudul Wo Ai Ni (You Are My Love) itu sudah dirakamkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ditanya mengenai reaksi isteri apabila mengetahui kisah cintanya itu, ini jawapan Fazley.
"Sebelum berkahwin, saya sudah berterus terang tentang segalanya termasuk kisah cinta ini.
"Apabila saya menyatakan hasrat untuk merakamkan lagu ini pun, isteri izinkan. Dia tiada masalah.
"Lagipun, masing-masing sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri," tambahnya.
Dalam pada itu, muzik video lagu Wo Ai Ni telah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Taipei, Taiwan.
Fazley yang turut dilantik sebagai duta Halal Taipei buat tahun kedua turut mengesyorkan lokasi menarik dan tempat makan halal di negara itu.
Antaranya Fried Chicken Master, Kuo Yuan Ye Pastry, Ice Monster, Jingimoo Dessert dan Formosan Coffee.
Kesemua outlet ini turut diterbangkan khas ke IOI Putrajaya bagi memberikan peluang orang ramai merasainya sendiri.
Topic Berkaitan
#Cina
#cinta
#duta Halal Taipei
#Fazley Yaakob
#IOI Putrajaya
#isteri
#Kekasih
#kisah cinta
#Lagu
#Wo Ai Ni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan