Cinta tiga segi: Tom Cruise tercabar, Hamilton dekati Shakira?

Agensi
Jun 13, 2023 05:19 MYT
Cruise dan Hamilton dilaporkan cuba memikat Shakira. - Gambar fail
LEWIS HAMILTON dilaporkan berada dalam 'cinta tiga segi' dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Penyanyi pop Shakira, 46, yang berpisah dengan pertahanan Barcelona, Gerard Pique, tahun lalu, dilihat bersama juara dunia F1 tujuh kali, Hamilton, 38, beberapa kali sebelum ini, lapor The Sun.
Antara lain, pasangan itu dilihat berada di atas bot bersama selepas Grand Prix Miami, sebelum makan malam selepas Hamilton mendapat tempat kedua di Barcelona akhir minggu lalu.
Menurut PEOPLE, mereka dikatakan menjaga hubungan mereka dengan 'suka bergurau dan berjenaka'.
Namun, The Mirror, melaporkan bintang Mission Impossible, Tom Cruise, juga mempunyai perasaan romantik terhadap Shakira.
Difahamkan, Cruise, 60, cuba memikat penyanyi kelahiran Colombia itu sebelum dia dilihat bersama dengan Hamilton.
Cruise dilapor percaya bahawa dia mempunyai 'keserasian luar biasa' dengan Shakira, tetapi egonya kini 'tercalar' dengan langkah Hamilton.
Wakil-wakil Shakira, Hamilton, dan Cruise bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
Hamilton dan Cruise pernah dilihat bergambar bersama di acara F1 sebelum ini, dengan pelakon Hollywood itu menggambarkan pelumba sebagai 'rakan yang hebat'.
#Lewis Hamilton #Tom Cruise #Shakira #cinta tiga segi