awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai

Gempak
Gempak
07/12/2023
07:34 MYT
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Cinta V dan Jennie dikatakan telah terlerai. Ikatan cinta yang terjalin putus sebelum anggota BTS mengikuti latihan tentera. -Gempak
HANYA selepas beberapa bulan hubungan cinta pasangan selebriti terkenal dunia Jennie BLACKPINK dan V BTS diketahui umum, kini peminat dikejutkan dengan khabar lain.
Cinta V dan Jennie dikatakan telah terlerai. Ikatan cinta yang terjalin putus sebelum anggota BTS mengikuti latihan tentera.
Jika mengikut laporan media tempatan, pengumuman anggota BTS tidak terkecuali wajib mengikuti latihan tentera dibuat pada Oktober lalu.
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas, seperti dipetik dari AllKPop.
Malah selama ini baik V mahupun Jennie tidak pernah mengesahkan secara langsung tentang hubungan mereka.
Pasangan itu sebaliknya sering dilihat bersama dan dirakamkan dalam keadaan mesra sehingga menimbulkan spekulasi percintaan mereka.
Ini termasuklah saat keduanya bercuti di Pulau Jeju dan Jennie telah menjemput V bersama beberapa rakan lain termasuk Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Park Hyung Sik untuk sesi pra dengar single solo keduanya, You & Me.
V dan Jennie juga pernah dirakamkan lensa paparazi berpegangan tangan di Paris.
Pihak agensi BTS, Big Hit Music dan YG Entertainment juga tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung isu percintaan dua artis idola ramai tersebut. -Gempak
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#BTS
#V dan Jennie
#ikatan cinta terlerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan