Peminat muzik kini boleh menikmati pengalaman penstriman muzik dan radio Malaysia dengan ciri tempatan menerusi RAKU, perkhidmatan terbaharu daripada Astro Radio.
RAKU menawarkan akses kepada lebih 20 stesen radio tempatan, hampir dua juta lagu dan video serta podcast secara langsung serta maklumat terkini berkaitan perkembangan semasa seperti berita tempatan dan luar negara selain laporan trafik dan sukan.
RAKU, atau Radio Aku membolehkan pengguna membentuk stesen muzik dengan cara dan cita rasa sendiri selain boleh mendengar lagu mengikut ‘mood’ atau suasana yang diinginkan.
Melancarkan RAKU di Laundry Bar, The Curve pada Jumaat, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holdings Bhd, Henry Tan berkata RAKU direka bentuk untuk menepati ciri-ciri pendengar Malaysia.
“Pengguna boleh memilih bahasa pilihan mereka sama ada Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil bagi paparan antara muka. Mereka juga boleh mencipta dan mengolah stesen radio mengikut cita rasa masing-masing dengan campuran muzik dan kandungan lain yang ditawarkan”, katanya.
Astro juga menjangka RAKU, mampu menarik lebih 500,000 pengguna aktif dan ia menetapkan masa enam bulan untuk menilai respons pasaran terhadap aplikasi baharu itu.
"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menetapkan sebarang sasaran, terutamanya dari segi hasil," katanya lagi.
Berbeza dengan aplikasi penstriman audio yang lain, RAKU membolehkan segmen radio seperti JoHaRa Pagi Era, Hitz.fm Morning Crew mahupun Sinar Pagi didengari pada bila-bila masa.
Pengguna RAKU juga boleh berhubung dengan lebih dekat dengan pemuzik, penyampai dan selebriti tempatan kegemaran mereka di mana mereka turut berkongsi senarai lagu kegemaran atau ‘playlist’ yang dipilih dan disusun mereka sendiri.
Antara yang telah memiliki ‘playlist’ di RAKU adalah Yuna, Pop Shuvit, Noh Salleh, Bittersweet, Man Bai, Alleycats, Bunkface dan para penyampai radio Astro seperti Ean, Jinny Boy dan RD daripada Hitz.fm, Hanif dan Hani daripada Era, Jack Lim (MY.fm) dan Aanantha (THR Raaga).
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah, memberitahu, RAKU turut bertindak sebagai pentas yang membolehkan bakat baru tempatan memperkenal muzik mereka kepada khalayak secara lebih luas.
“Ia dapat menyemarakkan, menguatkan dan meluaskan industri muzik Malaysia. Bakat-bakat baru dapat diketengahkan apabila muzik mereka dapat didengari ramai dan tidak hanya bergantung kepada putaran di stesen radio arus perdana.”
“Ramai bakat baru di Malaysia ini yang hadir dengan karya yang berkualiti, tetapi mereka tiada peluang dan ruang. Jadi inilah platformnya,” katanya.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Jake berkata, sesiapa sahaja kini boleh memuat naik karya muzik mereka dengan memuat naiknya ke laman web rasmi RAKU, www.raku.com.
RAKU hadir dengan dua pilihan perkhidmatan, iaitu secara percuma atau Premium.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi RAKU secara percuma di laman web www.raku.my, Google Playstore dan Apple Appstore.
RAKU Premium menawarkan lebih banyak fungsi tambahan dan pelbagai ciri inovatif seperti akses tanpa had kepada jutaan lagu daripada pangkalan data RAKU, senarai lagu yang boleh diubah suai, radio atas-permintaan, serta pelbagai lagi kelebihan seperti kemudahan memuat turun lagu semasa di luar talian.
Pengguna juga boleh berkongsi senarai peribadi dengan rakan-rakan di media sosial.
RAKU Premium boleh dilanggan dengan caj bulanan RM14.90 untuk raku.my dan Google Playstore, sementara USD5.99 untuk Apple Appstore.
Israr Khalid
Fri Apr 17 2015
Aplikasi RAKU boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan Apple Appstore.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.