Coachella: Persembahan Guns N' Roses jadi tumpuan

Ian Johan Ariff
April 18, 2016 05:40 MYT
Angus Young buat penampilan bersama Guns N' Roses di Coachella. Gambar - AFP
Dua perkara yang menjadi tumpuan utama lebih sejuta pengguna Twitter di seluruh dunia mengenai festival muzik dan seni Coachella di California, Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
Pertama, persembahan penyanyi Guns N' Roses, Axl Rose di atas sebuah kerusi akibat kakinya patah.
Kedua, penampilan lagenda rock, Angus Young dari AC/DC dalam persembahan Guns N' Roses.
Seminggu sebelum persembahan itu, Rose, 54 tahun mengalami patah kaki pada persembahan pertama penyatuan semula Guns N' Roses di Los Angeles Troubadour.
Namun mengambil semangat 'show must go on' ataupun persembahan perlu diteruskan, Rose meneruskan persembahan dengan kerusi yang dipinjamkan penyanyi Foo Fighters, Dave Grohl.

King Axl #TheBoss #Coachella April16 Good night #GNR Friends (JosephMark on IG ) pic.twitter.com/4ZqSG66n6z

— MarieNRMania(@MARIE_GUNSNR) April 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Grohl sebelum ini menggunakan kerusi yang sama selepas mengalami kecederaan akibat jatuh dari pentas dalam satu persembahan.
Guns N' Roses tanpa ahli kumpulan asal, Izzy Straddling dan Steven Adler tetap memberikan persembahan yang mengkagumkan selama lebih dua jam.

It's Official: Axl Rose Is AC/DC's New Singer! Watch #GnR Play w/Angus Young at #Coachella https://t.co/HQ6rq5Sj37pic.twitter.com/bkdARp6cBK

— School of Rock (@SchoolofRockUSA) April 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kini dibarisi Rose, Slash dan Duff McKagan, Guns N' Roses turut menjemput pemain gitar lagenda AC/DC, Young ke atas pentas di Coachella.
Akibat tidak boleh berlari dan membuat persembahan di seluruh pentas, Rose memperkenalkan Young sebagai ganti kepada peminatnya.
Young seperti biasa turun dengan gaya tersendirinya iaitu memakai sut berseluar pendek, menghiburkan peminat dengan dua lagu AC/DC, Whole Lotta Rosie dan Riff Raff sebelum menghilangkan diri ke belakang pentas.
Ini mungkin pengenalan kepada peminat-peminat AC/DC yang bakal menyaksikan Rose sebagai penyanyi kumpulan itu.
Rose setuju untuk menggantikan tempat Brian Johnson sebagai penyanyi AC/DC untukjelajah Eropah yang bermula bulan depan.
Johnson terpaksa menarik diri kerana berdepan risiko hilang pendengaran sepenuhnya jika meneruskan konsert.
#ACDC #Angus Young #Axl Rose #Coachella #Guns N' Roses