[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Coffee Prince: Meskipun dibantah, Michael Ang tetap pilih Fattah Amin

Gempak 02/08/2017 | 23:49 MYT
ramai yang menyamakan Fattah dengan Gong Yoo, tambahan lagi apabila dia menggayakan fesyen rambut belah tengah mirip aktor popular Korea itu. - Instagram Fattah Amin

NAMPAKNYA tidak perlu lagi berteka-teki tentang siapa bakal memegang watak utama drama adaptasi siri popular Korea, Coffee Prince.

Semalam, Fattah telah menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun sosial Instagramnya, Fattah telah memberi bayangan tentang perkara tersebut.
Malah, entri tersebut telah ditonton lebih 92 ribu kali dan menerima hampir 900 komen oleh para pengikutnya.
Rata-rata pengikut Fattah menyambut baik berita tersebut dan kesemua mereka sudah tidak sabar menantikan drama tersebut bermula.
Walaupun sebelum ini terdapat bantahan mengenai pemilihan Fattah untuk watak utama drama tersebut, nampaknya bekas Hero Remaja ini tetap menjadi pilihan pengarah popular Michael Ang.

Hari ini, menerusi entri terbarunya, Fattah telah memperkenalkan 'Rayqal' dari Coffee Prince Malaysia kepada semua!

Di ruangan komen, ramai yang menyamakan Fattah dengan Gong Yoo, tambahan lagi apabila dia menggayakan fesyen rambut belah tengah mirip aktor popular Korea itu.

Introducing, Raykal dari #MYCoffeePrince

#Adaprasi Korea #Astro #Coffee Prince #drama #Fattah Amin #filem #Michael Ang