COVID-19: Abang Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke ICU

Astro Awani
Ogos 12, 2021 04:09 MYT
Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke ICU Hospital Serdang dan telah ditidurkan oleh doktor ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan COVID-19. - Gambar Instagram SHUIB
KUALA LUMPUR: Ahmad Firdous Raissuddin yang juga abang kepada Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang dan telah ditidurkan oleh doktor ekoran keadaan kesihatannya yang menurun akibat jangkitan COVID-19.
Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi bagi membolehkan paru-parunya berehat, kata abang iparnya, Shuib Sepahtu.
"Assamualaikum semua... Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
"Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera... Amin Ya Rabbal Alamin," luah suami kepada Allahyarham Siti Sarah dalam hantaran di Instagramnya pada Khamis.
\
Belasungkawa | Terima kasih kerana doakan arwah isteri - Shuib
BACA: Tulisan terakhir buat Siti Sarah...
BACA: Banyak kebaikan dibuat Siti Sarah secara senyap, duit bulanan diguna untuk sedekah - Shuib
BACA: Rezeki Siti Sarah, 300 orang solat jenazah ghaib buat Allahyarham di Masjidilharam Mekah
BACA: "Dunia ini sangat sepi" - Raissuddin kongsi perasaannya saat terima berita pemergian Siti Sarah
Bacaan oksigen dalam tubuh Ahmad Firdous dilaporkan menurun pada 93 peratus ketika pasukan perubatan datang ke rumahnya untuk membawanya ke hospital.
Ahmad Firdous dan isterinya positif COVID-19 sementara dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Pada Isnin lalu, Siti Sarah yang juga penyanyi popular negara meninggal dunia akibat COVID-19 selepas 48 jam ditidurkan di ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
Allahyarham yang pernah masyhur dengan lagu Kesetiaan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak sekitar pukul 1.20 tengah hari.
Tiga hari sebelum pemergiannya, Siti Sarah melahirkan anak keempat melalui pembedahan yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Shuib dan Ayash Affan, Allahyarham Siti Sarah turut meninggalkan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
#Siti Sarah #Siti Sarah meninggal dunia #abang Siti Sarah dimasukkan ke ICU #Ahmad Firdous Raissuddin #COVID-19 #Shuib Sepahtu #ICU Hospital Serdang #Allahyarham Siti Sarah