BERKALI-KALI saya memadam mukadimah tulisan ini. Tulis, padam, tulis, padam, tulis, padam sehingga tidak terhitung jumlahnya.
Saya tidak tahu di mana mahu memulakan cerita kerana saya benar-benar tidak bersedia untuk melakukannya.
Apa lagi dengan keadaan fikiran saya yang sangat berserabut dan buntu ekoran emosi saya benar-benar terkesan sebaik menerima kiriman WhatsApp pada pukul 5.33 pagi memaklumkan pemergian Siti Sarah Raisuddin ke rahmahtullah.
Terasa dada saya begitu sesak seakan ditimpa benda yang berat.
Allahuakbar, hanya perkataan itu terpacul dari mulut saya.
Siti Sarah sudah tiada! Jujur, saya sangat menggigil apabila mendapat khabar duka itu di awal dinihari.
Usai Subuh, beberapa minit selepas pengesahan berita pemergiannya diperoleh, laman media sosial dihujani dengan ribuan nota sedih.
Banyak catatan yang menyentuh perasaan dapat dibaca di Facebook, Instagram dan Twitter.
Ramai selebriti, wartawan hiburan, kenalan, ilmuwan agama dan peminat-peminat Siti Sarah memuat naik hantaran berkongsi rasa sedih.
Apa yang menangkap perhatian saya ialah bukan sedikit jumlah orang menyayangi Siti Sarah.
Kecintaan, kasih sayang dan rasa hormat masyarakat padanya dapat dilihat melalui tulisan-tulisan indah.
Antara apresiasi orang ramai terhadap Siti Sarah yang sempat dibaca adalah tulisan seorang sahabat saya yang tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, namun, benar-benar terkesan dengan berita pemergian penyanyi itu.
Tulis teman saya itu: “Bersinarnya dalam dunia seni. Bersinar lagi bintangnya tatkala kembali kepada Allah SWT. Rupanya namanya sering disebut oleh malaikat tanpa disedari manusia kerana amal kebaikan tanpa batas.”
Beruntungnya kamu Siti Sarah, terlalu ramai yang mendoakan kamu, bisik saya dalam hati.
Lebih membuatkan ramai yang mencemburui pemergian penyanyi yang berjiwa besar itu ialah penutup kehidupannya diiringi pelbagai tanda husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik.
BACA: "Anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada" - Shuib
Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun awal pagi ini kerana wabak COVID-19.
Pada Jumaat lalu, Allahyarham melahirkan anak keempatnya menerusi pembedahan.
Memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib adalah pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.
Bahkan saya tertanya-tanya apakah amalan dan kemuliaan yang dilakukan Siti Sarah ketika hayatnya sehinggakan seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dan mengaminkan doa-doa yang indah buat Allahyarham.
Saya mengenali Siti Sarah sebelum dia menempa kemasyhuran sebagai antara penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan industri muzik tanah air.
Membuka lembaran sejarah silam persahabatan kami tentu sekali akan membawa ingatan saya pada pengalaman berjiran dengan Allahyarham di penempatan AU3, Keramat.
Saya menyewa di flat Kelompok Serindit sementara Allahyarham Siti Sarah tinggal bersama keluarganya di pangsapuri Menara Merak Kayangan.
Keakraban saya dengan keluarga Allahyarham bermula apabila dia mula berjinak-jinak menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar ibu negara.
Paling menyerlah tentu sekali selepas penyertaannya dalam pertandingan mencungkil bakat anjuran majalah hiburan popular, URTV yang dikenali sebagai Bintang URTV.
Bertitik tolak daripada situ, langkah Siti Sarah dalam gelanggang seni semakin luas.
Bersama ayahnya yang juga seorang penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Sarah memperoleh sokongan dan bimbingan daripada individu yang paling tepat untuk menguruskan kerjaya seninya.
Di awal permulaan kerjaya seninya, Siti Sarah bekerja keras membina reputasi dan dalam masa sama, rezeki mula berpihak kepadanya.
Allahyarham mula meraih pendapatan yang sangat selesa untuk menyara diri dan keluarganya.
Sebagai seorang anak yang taat pada orang tua, Siti Sarah sentiasa mendahulukan ibu ayah dan keluarganya dalam apa hal sekalipun.
Lalu, berkat kerja kerasnya, Allahyarham membuat keputusan membawa keluarganya berpindah ke kediaman yang lebih selesa – daripada pangsapuri tiga bilik di AU3 ke sebuah rumah semi-D di Taman Setiawangsa.
Sebagai anak yang meletakkan ibu, ayah dan adik-beradik sebagai keutamaan dalam hidup, maka rezeki Siti Sarah tidak pernah putus.
Apabila menetap di Taman Setiawangsa, hubungan saya dengan Allahyarham Siti Sarah bersama rakan-rakan wartawan hiburan lain semakin bertambah akrab.
Ini kerana rata-rata daripada kami tinggal di kawasan penempatan dalam radius yang sama dengan Allahyarham.
BACA: Siti Sarah meninggal dunia
BACA: 'Pergilah Siti Sarah, kami menyusul nanti' - Peminat, rakan artis ucap takziah
Kebetulan juga ketika itu, pembantu peribadinya, Allahyarham Roslan Agil atau lebih mesra disapa Sari juga menyewa di Taman Setiawangsa dan kediamannya sering menjadi tempat perhimpunan wartawan seperti Joha Ahmad, Rosli Manah, Niezam Abdullah, Huzz, Abie Abdullah dan ramai lagi.
Bahkan rakan-rakan artis seperti Datuk Aznil Nawawi, pelakon Amyza Aznan, Nadia Mustafa serta kenalan dari industri muzik seperti Rouslan Moktar dan isteri Ogy juga sering berhimpun di sana.
Hampir setiap hujung minggu kami berhimpun. Siti Sarah, ayahnya dan Allahyarham ibunya, Noor Aini Mohamad juga sering bertandang.
Kami duduk berhimpun dan makan bersama selain sering berbincang mengenai hala tuju kerjaya seni Siti Sarah.
Kemesraan saya dan rakan-rakan wartawan hiburan bersama Allahyarham Siti Sarah dan keluarganya sudah seperti keluarga.
Kami boleh saja pada bila-bila masa berborak, bergurau, saling mengkritik dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
Banyak juga tulisan mengenai Allahyarham yang dimuatkan dalam akhbar Mingguan Malaysia ketika saya masih berkhidmat dengan syarikat akhbar, Utusan Melayu.
Segala kemesraan dan pengalaman bersahabat dengan seorang anak seni yang rendah diri, berjiwa besar dan berperibadi mulia ini masih kekal rapi dalam kotak ingatan saya.
Namun, selang peralihan masa, ketika kehidupan dan komitmen masing-masing sudah berubah, kami semakin jauh antara satu sama lain.
Hanya berjumpa pada acara-acara tertentu. Setiap kami memahami bahawa masing-masing ada keutamaan sendiri, namun, itu tidak pernah mengikis rasa hormat dan ingatan dalam kalangan kami.
Sejak ‘berjauhan’ daripada kehidupan Siti Sarah, saya hanya melihat dari jauh perkembangannya.
Melihat betapa dia dan suaminya, Shuib bekerja keras sehingga dapat mengecap sebuah kehidupan yang stabil sangat membahagiakan saya.
Allahyarham Siti Sarah saling tidak tumpah mewarisi sikap arwah ibunya, Noor Aini Mohamad yang begitu taat dan sentiasa di sisi suami ketika susah dan senang.
Semua itu kini sudah hilang dari pandangan. Siti Sarah sudah tiada!
Meninggalkan empat zuriat termasuk bayi yang baru dilahirkannya pada Jumaat lalu tentu sekali akan mengundang rasa simpati dan sedih dalam kalangan kita.
Namun, seberat mana mata yang memandang, berat lagi tanggungawab yang perlu dipikul oleh suaminya, Shuib.
Buat Shuib, percayalah semangat dan kasih sayang Siti Sarah akan terus mekar dan subur selama-lamanya.
Percayalah juga, seberapa banyak pun keyakinan manusia, seramai mana pun yang membacakan kalimah-kalimah suci sebagai ikhtiar, pada akhirnya, Allah SWT jugalah yang memegang nafas manusia.
Tulisan belasungkawa ini tentu sekali akan menjadi coretan terakhir buat seorang adik yang saya hormati, Siti Sarah Raisuddin.
Berbahagialah dirimu Siti Sarah. Pergimu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kami.
Semoga Allah memaafkan kamu dan menempatkan kamu di sisi para solihin.
Damai dan tenanglah kamu di negeri abadi.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Allahummagh firlaha warhamha waafihi wa' fuanha.
BACA: Jenazah Siti Sarah akan dikebumi di Gombak
Saharudin Musthafa
Mon Aug 09 2021
Allahyarham Siti Sarah Raisuddin memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib - pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.