COVID-19: Idris Elba disahkan positif

Nailah Huda
Mac 16, 2020 22:45 MYT
Kata Idris dalam satu video di Twitter, beliau tidak mengalami sebarang simptom. Foto Twitter @IdrisElba.
PELAKON terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan COVID-19.
Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
Jelas Idris, beliau menjalani ujian COVID-19 kerana mempunyai kontak dengan seorang yang positif virus itu.
“Duduk di rumah dan kekal pragmatik. Saya akan berikan kemaskini mengenai kesihatan saya. Jangan panik,” jelas beliau.
Susulan mendapat tahu mengenai keputusan positif individu tersebut pada Jumaat lalu, Idris meletakkan diri dalam kuarantin dan menjalani ujian serta-merta.

This morning I tested positive for Covid 19. I feel ok, I have no symptoms so far but have been isolated since I found out about my possible exposure to the virus. Stay home people and be pragmatic. I will keep you updated on how Im doing No panic. pic.twitter.com/Lg7HVMZglZ

— Idris Elba (@idriselba) March 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beliau turut menasihatkan agar semua orang melakukan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri bagi mengekang penularan virus tersebut.
“Kita hidup dalam dunia yang berpecah-belah. Namun, sekarang masanya untuk bersolidariti, untuk memikirkan tentang orang lain. Ramai yang terjejas (akibat virus ini),” pesan beliau.
Idris, 47 tahun, terkenal dengan wataknya dalam filem Beasts of No Nation, Thor, Pacific Rim dan siri televisyen Luther.
#Avengers #coronavirus #COVID-19 #Hollywood #idris elba #koronavirus #Marvel #Thor #virus