awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2021
13:50 MYT
COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib
Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan kritikal dengan kadar oksigen pada kedudukan 40 peratus, kata suaminya, Shuib. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan kritikal dengan kadar oksigen pada kedudukan 40 peratus.
Berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah, suaminya, Shuib berkata, doktor menghubunginya petang tadi memaklumkan keadaan terkini isterinya.
Dalam keadaan sebak, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata, Siti Sarah sudah ditiarapkan oleh doktor.
“Keadaan Siti Sarah tidak baik, sangat-sangat tidak baik. Kata doktor kadar oksigen hanya 40 peratus dan doktor akan tiarapkan dia,” ujar pelawak dan usahawan itu dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.
Kelazimannya, prosedur meniarapkan pesakit dilakukan bagi membolehkan paru-paru seseorang itu kembali normal dan dapat membekalkan oksigen ke dalam tubuh.
Shuib juga tidak dapat meneruskan kata-kata bagi memaklumkan perkembangan isterinya dan meminta bacaan Yassin dan doa selamat diteruskan.
Hampir 1,000 kenalan pasangan itu menyertai majlis bacaan Yassin dan doa selamat buat Siti Sarah termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan-rakan selebriti seperti Anuar Zain, Bob Yusof dan Liza Hanim.
BACA: "Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah
Siti Sarah, 36, yang yang popular dengan lagu Kesetiaan itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dikejarkan ke hospital itu pada Rabu lalu selepas dijangkiti COVID-19.
Shuib memohon pada semua pihak untuk terus mendoakan isterinya agar kembali pulih seperti sedia kala
Shuib memohon pada semua pihak untuk terus mendoakan isterinya agar kembali pulih seperti sedia kala.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.
Pada Sabtu, Shuib berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan, Siti Sarah mula menunjukkan perkembangan positif dengan kadar oksigen sudah meningkat pada paras 80 peratus.
Sehubungan itu, Shuib memohon pada semua pihak untuk terus mendoakan isterinya agar kembali pulih seperti sedia kala.
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Siti Sarah kembali kritikal
#paras oksigen
#40 peratus
#Shuib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan