awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curahan emosi di majlis rai Khalid Salleh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/09/2018
00:11 MYT
Curahan emosi di majlis rai Khalid Salleh
Turut dilangsungkan ialah pelancaran buku berjudul Khalid Salleh di Mata Kami. - Astro AWANI
Yang pergi hanya jasadnya, tetapi setiap aspirasi dan hasil karya pelakon dan penggiat seni, Allahyarham Khalid Salleh akan kekal sepanjang zaman.
Sebagai satu inisiatif menghargai dan memperingati bakat luar biasanya, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Galeri Seni Morne telah mengadakan majlis Sepetang Merai Khalid Salleh, pada Sabtu.
Dirancang kira-kira setahun lalu ketika Khalid masih hidup, majlis berlangsung dalam suasana meriah namun penuh beremosi, dan turut dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan pengikut setianya.
"Majlis ini kami rancang bersama tahun lalu. Beliau berhak diraikan kerana beliau bukan sahaja seorang penggiat seni, tetapi juga seorang ahli falsafah.
"Beliau dekat di hati masyarakat Malaysia kerana beliau bukan sahaja mengangkat tema kecintaan kepada Tuhan, tetapi juga isu-isu yang terpinggir, dan dipersembahkan dalam setiap hasil karyanya.
"Apakan daya, dia terlebih dahulu dijemput pergi. Tetapi kami laksanakan juga majlis ini kerana hasil karya beliau tidak pernah dan tidak akan mati," kata Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif ITBM yang juga merupakan kenalan rapat Khalid.
Majlis diserikan dengan sesi deklamasi puisi terpilih daripada bukunya yang berjudul Kalau Aku Jadi PM. Antara yang turut serta mendeklamasikan sajak ialah pengarah U-Wei HajiSaari, Sabri Yunus, Sani Sudin dan Datuk Ramli Sarip.
Dalam majlis yang sama, sebuah buku yang didedikasikan khas untuk Khalid, berjudul Khalid Salleh di Mata Kami, turut dilancarkan. Buku tersebut menghimpunkan pandangan dan pengalaman 37 individu yang mengenali Khalid secara dekat, antaranya Datuk M.Nasir, Fauziah Nawi dan Khir Rahman.
Ia sudah mula boleh didapati di kedai buku ITBM dan pembelian atas talian di www.itbm.com.my, dengan harga RM40.
Topic Berkaitan
#Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
#ITBM
#keluarga
#Khalid Salleh
#pelakon
#penggiat seni
#puisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan