BARU saja selesai mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu, band pop rock popular Indonesia, D'Masiv bakal kembali lagi ke Malaysia pada 4 Februari 2024.

Bezanya kali ini mereka tampil menerusi Konsert D'Masiv Cinta Sampai Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert D'Masiv Cinta Sampai Kuala Lumpur dianjurkan oleh Ifix Entertainment dengan kerjasama Panggung Asia.

Kata pengarah iFix; "Kami berharap peminat peminat D’Masiv yang berada di Malaysia tidak akan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan menarik D'Masiv secara langsung di Kuala Lumpur."

D'Masiv, yang terkenal dengan lagu-lagu hit papan atas dan persembahan yang meruntun jiwa, berjanji untuk menyajikan malam yang penuh dengan muzik elektrik, balada emosional, dan pengalaman yang tidak terlupakan bagi peminat di Kuala Lumpur.

Konsert ini adalah sebahagian daripada lawatan mereka, dengan matlamat membawa bunyi ikonik dan tenaga mereka kepada peminat muzik di seluruh rantau.

Tiket untuk konsert boleh didapati di www.tapautix.asia bermula dari RM139. -Gempak