"Dah boleh rehat tu" - Syahdunya ucapan Ahya buat Normah Damanhuri

Gempak
November 8, 2018 06:32 MYT
Kejayaan itu juga benar-benar mengujakan anak Normah sendiri yang juga merupakan seorang pelakon dan model, Ahya Rosli yang menjadi saksi jatuh bangun ibunya.
KEMENANGAN pelakon Normah Damanhuri ketika Anugerah Skrin 2018 baru-baru ini membuka mata banyak pihak terutama yang memperlekehkan pelakon veteran.
Malah, kejayaan itu juga benar-benar mengujakan anak Normah sendiri yang juga merupakan seorang pelakon dan model, Ahya Rosli yang menjadi saksi jatuh bangun ibunya.
"Bukan senang nak dapat award (anugerah). Kita kena ikhlas jujur buat kerja.
"Manusia sekeliling melihat dengan mata apa sahaja yang kita buat. Menyampaikan berita yang baik-baik.
"Ini semua buatkan Allah sayang kat kita.
"You are the best mama. Dah boleh rehat dah tu. Ni time anak-anak mama je buat kerja.
"Mama lepak je kat #normahvilla tengok gelagat cucu-cucu. I love you so much mama," tulis Ahya bersama sekeping foto meraikan kejayaan ibunya.
#ahya rosli #anak #anugerah #ibu #Instagram #model #Normah Damanhuri #pelakon #veteran