'Dah tak rahsia dah!' - Lia Aziz kini isteri gitaris Treehill, Arash Azimi

Gempak
Julai 24, 2022 01:45 MYT
Lia Aziz selamat diijabkabulkan dengan pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu. -Gempak
DENGAN satu lafaz, bintang Big Stage 2022, Lia Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu.
Lia atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19, dan Arash, 24, terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 22 Januari 2022 setelah dua tahun berkenalan.
Pasangan ini juga mengadakan majlis mereka pada Sabtu yang dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil-kecilan dan tertutup di Petaling Jaya, Selangor.
Lia yang popular menerusi lagu "Kucu Kuca" turut berkongsi berita itu di Instagram.
"Namamu ku rahsiakan dan telah terpatri di hatiku. Eh dah tak rahsia dah!
"Alhamdulillah, new chapter. Everything went smoothly. Sekali lafaz. Married to Arash Treehill," tulisnya bersama foto pasca majlis. -Gempak
Foto: @terrirosa
#Lia Aziz #Arash Azimi #Treehill #Nor Alia Farzana Abdul Aziz