Memetik laporan berita antarabangsa, kematian The Rock kononnya dilaporkan BBC dengan tajuk ‘BBC: Dwayne The Rock Johnson Dies at 47 after a terrible stunt attempted failed’ (BBC: Dwayne 'The Rock' Johnson meninggal dunia pada usia 47 tahun selepas cubaan aksi lagak ngeri gagal).
Laporan tersebut mendakwa The Rock terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.
Bagaimanapun, pautan berita tersebut membawa pengguna media sosial ke laman web palsu.
Setakat ini, The Rock belum mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, dia turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran Fast and Furious 7 pada 2011, dan sekali lagi pada 2014.