"Dan... nama anak kami adalah Chicago West" - Kim Kardashian

Agensi
Januari 20, 2018 05:05 MYT
Bintang "Keeping Up with the Kardashians" itu telah memilih untuk memperolehi anak ketiga pasangan itu menerusi kaedah ibu tumpang susulan risiko kesihatan.
‘DAN… nama anak kami adalah Chicago West.’
Bintang realiti, Kim Kardashian dan suaminya ahli muzik, Kanye West menamakan anak mereka Chicago West.
Pengumuman dibuat Kim, 37 tahun menerusi akaun media sosialnya pada Jumaat.

Chicago West. https://t.co/3MyLwcIzTh

— Kim Kardashian West (@KimKardashian) January 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut mengapa nama itu dipilih, namun Kanye West 40 tahun dilahirkan di Atlanta dan dibesarkan di Chicago.
Kim dan Kanye mempunyai dua anak sebelum ini, North 4 tahun dan Saint 2 tahun.
Bintang "Keeping Up with the Kardashians" itu telah memilih untuk memperolehi anak ketiga pasangan itu menerusi kaedah ibu tumpang susulan risiko kesihatan.
#anak #Chicago West #Kanye West #Kim Kardashian #nama anak